Anda di sini

APMM: Lagi bot nelayan Vietnam berjaya ditumpaskan

Advertisement

KUCHING: Dua bot nelayan asing dari Vietnam ditahan kerana mencerobohi perairan negara di kedudukan kira-kira 150 Batu Nautika dari Tanjung Po, dekat sini.

Penahanan dua bot itu hasil operasi Ops Permai yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada 30 September lalu.

Pengarah Daerah Maritim Kuching Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, dua bot nelayan Vietnam itu dikesan dan ditahan semasa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan pukat tunda gading sekitar jam 10.40 pagi.

 Seramai 19 awak-awak dan tekong Vietnam yang berjaya ditahan dikawal rapi.
TUMPAS: Seramai 19 awak-awak dan tekong Vietnam yang berjaya ditahan dikawal rapi.

"Pemeriksaan lanjut mendapati seramai 19 awak-awak berserta tekong daru Vietnam berada di atas bot tersebut.

"Kesemua mereka direman dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, jika didapati bersalah bot serta peralatan menangkap ikan boleh disita, dan tekong serta awak-awak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 termasuk sebatan dan penjara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas, di sini, pagi tadi.

Steve mendedahkan selain dua bot, awak-awak serta tekong, sebanyak 21 tan ikan segar turut dirampas yang dianggarkan bernilai RM50,000.

 Lokasi dua bot nelayan asing dari Vietnam ditahan.
DI SINI: Lokasi dua bot nelayan asing dari Vietnam ditahan.
  • oleh
  • Advertisement