Anda di sini

Haiwan dipindah dari zon merah Agung

Advertisement
 Seorang pekerja badan kebajikan membawa monyet sakit yang telah dibius untuk dipindahkan dari rumah seorang penduduk di Sideman, dekat Gunung Agung dalam kawasan Karangasem di Bali, kelmarin. — Gambar AFP
DISELAMATKAN: Seorang pekerja badan kebajikan membawa monyet sakit yang telah dibius untuk dipindahkan dari rumah seorang penduduk di Sideman, dekat Gunung Agung dalam kawasan Karangasem di Bali, kelmarin. — Gambar AFP

Sukarelawan bahayakan nyawa untuk menyelamatkan haiwan liar, ternakan

KARANGASEM: Anggota sukarelawan membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkan puluhan ribu haiwan yang masih tinggal selepas letusan gunung berapi di pulau pelancongan Bali, melakukan perjalanan berbahaya ke zon merah bagi memindahkan mereka.

 Gunung Agung, kirakira 75 kilometer dari hab peranginan Kuta, bergegar sejak Ogos, menyebabkan kira-kira 144,000 untuk meninggalkan rumah mereka sepanjang minggu lepas ketika pakar memberi amaran satu letusan mungkin berlaku.

 Ketika penduduk yang berpindah memenuhi tempat perlindungan sementara atau mendiami rumah saudara mara, haiwan seperti monyet liar dan anjing peliharaan serta haiwan ladang seperti khinzir, ayam dan lembu ditinggalkan dalam zon bahaya berhampiran gunung berapi yang paling berisiko dihujani abu, batu dan gas panas.

 “Saya amat bimbang kerana kami bekerjasama menyelamatkan haiwan tanpa mengetahui bila letusan akan berlaku,” kata Vio Verandhini daripada Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta.

 “Gempa bumi berlaku setiap hari, mungkin setiap jam.

” Ratusan gegaran dicatatkan setiap hari menjelang letusan, ada di antaranya dengan magnitud 2 atau 3 yang cukup kuat untuk menggegarkan c e rmi n t i n g k a p d a n menumbangkan perabot.

 Organisasi Verandhini dan beberapa pihak lagi membentuk unit respons kecemasan 12 anggota ke zon merah yang melingkungi kawasan antara sembilan dan 12 kilometer dari puncak gunung.

 Haiwan dipindahkan ke pusat perlindungan di mana ia diberi makan dan dijaga serta pemiliknya digalakkan melawat secepat mungkin bagi memastikan keselamatan haiwan peliharaan mereka.

 Pusat Mitigasi Bencana Gunung Berapi dan Geologi Indone s i a menya t aka n kelmarin bahawa imbasan satelit terpencil telah menemui pengeluaran wap baharu dan kawasan haba di dalam kawah.

 Awan wap putih di atas puncak diperhatikan dengan frekuensi lebih besar sepanjang tiga hari lepas, menambahkan kebarangkalian letusan, menurut pusat.

 Cerun Gunung Agung me r u p a k a n k awa s a n penternakan lembu di wilayah tersebut, sumber pendapatan penting bagi penduduk tempatan.

 Kira-kira 10,000 lembu telah dipindahkan setakat ini dalam pemindahan yang dibantu kerajaan, menurut agensi mitigasi bencana, namun 20,000 lagi perlu dipindahkan.

 Pe n y e l a r a s p a s u k a n penyelamat haiwan ternakan ke r a j a an Na t akusuma menya t akan bebe r apa peladang tidur di pusat pemindahan namun kembali untuk menjaga lembu mereka pada waktu siang.

 “Dari segi emosinya, amat sukar bagi peladang untuk berpisah dengan lembu mereka, bukan sahaja atas sebab ekonomi namun juga kerana mereka menjaga haiwan i tu,” menurut beliau.

 “Beberapa penduduk menegaskan mereka tinggal di kampung dengan haiwan ternakan mereka walaupun keselamatan mereka sendiri terancam.

” Natakusuma menyatakan kerajaan cuba memujuk peladang agar tidak pulang dengan memberi jaminan haiwan ternakan mereka akan selamat di pusat perlindungan khas.

 Sebahagian yang terpaksa me n i n g g a l k a n r uma h membawa haiwan ternakan bersama dengan mereka, bimbang ia akan mati atau dicuri.

 Di sebuah pusat sukan yang penuh dengan penduduk di daerah Klungkung, Ketut Pageh, 42, memegang salah seekor ayam jantan yang diselamatkannya sebelum meninggalkan rumah.

 “Saya kasihan terhadapnya, saya membawanya supaya ia tidak akan kelaparan kerana tiada orang di rumah untuk memberinya makan,” menurut lelaki itu yang mengakui terpaksa menjual khinzirnya sebelum melarikan diri.

 Nyoman Suwarta pula menangis saat menceritakan telah terpisah dengan dua burung merpati belaannya dalam kekecohan melarikan diri dari gunung berapi.

 Berdepan ketidaktentuan mengenai bila gunung itu akan meletus, kumpulan kebajikan haiwan menyeru sumbangan barang makanan, sangkar, tangki air dan bekalan lain.

 Verandhini menyatakan ruang untuk menempatkan haiwan telah menjadi salah satu isu paling membimbangkan.

 Buat masa sekarang kami mempunyai ruang yang mencukupi namun sekiranya ramai orang menghubungi kami, kami akan memerlukan lebih banyak ruang untuk lembu dan anjing,” jelas beliau.

 — AFP

Advertisement