Anda di sini

SCCS pakaikan tugu kucing ikonik di Padungan dengan reben emas

Advertisement

KUCHING: Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak (SCCS) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memakaikan tugu kucing ikonik di Padungan di sini dengan reben emas, yang merupakan simbol antarabangsa bagi kesedaran kanser di kalangan kanak-kanak.

Baju itu ditaja db Stitch Print Company sempena bulan kesedaran kanser kanak-kanak.

Persatuan itu turut membuka ruang pameran di tHe Spring sempena kempen ‘Together We Care’ di mana orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut jenis-jenis kanser kanak-kanak serta simptomnya, selain mengetahui bagaimana persatuan menyokong pesakit kanser kanak-kanak serta keluarga di Sarawak.

Pada Jumaat hingga Ahad, kakitangan SCCS, ibu bapa pesakit kanser kanak-kanak dan survivor kanser, juga akan berada di ruang pameran untuk berkongsi pengalaman serta menjawab pertanyaan awam.

Orang ramai juga boleh menyertai program sumbangan bulanan, proses auto-debit, di mana mereka boleh menderma wang setiap bulan kepada SCCS dengan minimum RM30.

Dana akan digunakan untuk perkhidmatan seperti menyediakan sokongan kepada kanak-kanak menderita kanser dan keluarga mereka.

Barangan cenderamata SCCS juga ditawarkan untuk dijual pada waktu ini dan pin reben emas boleh dibeli sebagai tanda sokongan terhadap keluarga terjejas dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tersebut.

tHe Spring turut memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran, dengan mempamerkan reben emas gergasi, yang mana orang ramai boleh merakam gambar dan memuat naiknya ke media sosial.

RM1 daripada setiap jualan kek bulan dibeli dari Bazar Mid-Autumn akan disalur ke SCCS dan Madeline di tHe Spring turut membuat pastri ‘macarons’ emas sebagai sokongan terhadap kesedaran kanser kanak-kanak dan  SCCS.

Reben emas itu akan terus dipakai tugu kucing di Padungan sehingga 1 Oktober manakala kempen ‘Together We Care’ di pusat beli-belah tHe Spring berakhir pada 4 Oktober.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web SCCS di www.sccs.org.my atau Facebook di facebook.com/swakchildrenscancersociety atau hubungi Genevieve Tan di talian 016-5898062.

Advertisement