Anda di sini

11 Oktober sebutan lanjut kes wanita ugut wanita lain

Advertisement

MIRI: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita lain.

Michele Serene Mawar Andrewson Aping, 25, dari Taman Permai, Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan ugutan jenayah dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan ke atas Shela Bangsa, 54.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 25 September lalu di hadapan sebuah tadika di Jalan Dato Permaisuri 5A di sini.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Oktober depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan RM2,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement