Anda di sini

Usaha memantapkan pasukan

Advertisement
 Sarawak perlu menang ke atas Kedah malam ini untuk menghidupkan peluang kekal dalam saingan Liga Super musim depan.
PERLU MENANG: Sarawak perlu menang ke atas Kedah malam ini untuk menghidupkan peluang kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Pengiran Bala membuat perubahan terhadap barisan skuadnya bagi menghadapi Kedah dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam ini.

Menurut Pengiran Bala, perubahan tersebut melibatkan semua posisi dalam usaha memantapkan peluang Sarawak mengutip tiga mata penuh yang amat diperlukan.

“Kita tidak rela keciciran mata pada perlawanan ini dan akan mempersiap skuad terbaik bagi memastikan kemenangan.

“Saya telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan semasa perlawanan menentang Pahang dan akan melakukan perubahan di beberapa posisi dalam skuad Sarawak,” katanya ditemui semasa sesi semalam.

Pengiran Bala turut mengingatkan semua pemain agar melupakan kekalahan sebelum ini dan memberikan fokus seratus peratus untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sarawak.

Dengan kedudukan skuad itu kian meruncing ketika ini, Sarawak tiada pilihan lain kecuali menang ke atas Kedah untuk menghidupkan peluang terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“ Saya mahu semua pemain memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memenangi perlawanan ini.

Seperti sering saya tekankan sebelum ini, kita tidak mempunyai pilihan lain untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan kecuali menang dua perlawanan terakhir,” tegasnya.

Mengenai barisan pemain yang akan diturunkan, Pengiran Bala mengesahkan kaptennya, Ronny Harun masih direhatkan.

Bagaimanapun, jentera import akan diturunkan semuanya termasuk beberapa pemain Piala Presiden untuk memperkuatkan skuad Sarawak malam ini.

“Kita tetap menyasarkan mengutip tiga mata penuh perlawanan ini.

Saya berharap penyokong-penyokong setia turun beramai-ramai memberikan sokongan padu bagi menyemarakkan semangat semua pemain memburu kemenangan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement