Anda di sini

Aksi penentu ‘hidup mati’

Advertisement
PENGIRAN BALA
PENGIRAN BALA

KUCHING: Dua aksi terakhir Liga Super 2017 merupakan penentu ‘hidup mati’ bagi pas­ukan Sarawak yang memerlu­kan mengutip mata penuh bagi terkelu­ar daripada zon penying­kiran. Tidak boleh tidak, sekiranya mahu meneruskan sain­gan di pentas liga utama musim de­pan memaksa skuad bimbingan Pengiran Bala harus mengerah tenaga bagi memastikan kelebihan be­raksi di laman sendiri diman­faatkan sepenuhnya.

Selepas dikecewakan oleh Pahang dengan 3-0 pada aksi Sabtu lalu, Pengiran Bala sekali lagi menaruh harapan untuk skuad bimbingannya, Sarawak menebus duka apa­bila turun melayan kunjun­gan Kedah di laman sendiri, Rabu ini (esok).

Di atas kertas, mungkin sukar bagi skuad Ngap Sayot itu apabila berdepan skuad mantap dari utara Semenan­jung Malaysia itu kini berada pada prestasi terbaik.

Namun, tidak mustahil sekiranya Sarawak mampu melakarkan kejutan malah bakal menghidupkan semula peluang untuk kekal dalam Liga Super musim depan jika berjaya membenam Kedah dan perlawanan seterusnya.

Tetapi, ia dapat direal­isasikan jika Kelantan te­was di tangan pencabarnya, PKNS pada aksi selepas ini.

Skuad ‘The Red Warri­ors’ berada di tangga ke-10 kedudukan pada semasa liga manakala Sarawak menghuni tangga ke-11 hanya dibeza­kan dengan satu mata.

Bagi Pengi r an Ba l a , Sarawak perlu memenangi kedua-dua perlawanan tera­khir tersebut bagi memas­tikan pasukannya keluar daripada kelompok peny­ingkiran.

“Kita tidak mempunyai pilihan lain dan pasukan Sarawak akan turun dengan misi memburu kemenan­gan mutlak jika mahu kekal dalam Liga Super musim depan.

“Hanya tiga mata penuh (menang) mampu mem­buka laluan bagi pasukan kita (Sarawak) untuk terus berada dalam Liga Super musim depan,” katanya.

Sarawak akan menentang Kedah di Stadium Negeri jam 8.15 malam Rabu ini (esok) sebelum meneruskan baki perlawanan terakhir Liga Super 2017 menentang T-Team pada 28 Oktober depan.

  • oleh
  • Advertisement