Anda di sini

ABC Club Otai muncul juara Liga Veteran 2017

Advertisement
 Alidin (berdiri enam kiri), Maria (lapan kiri) bersama pasukan ABC Club Otai dan PJR di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.
LIGA VETERAN: Alidin (berdiri enam kiri), Maria (lapan kiri) bersama pasukan ABC Club Otai dan PJR di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.

LIMBANG: Dibarisi bin­tang-bintang dan legenda bola sepak, ABC Club Otai terus gah apabila muncul juara menewaskan Pengkalan Jawa Ranggu (PJR) pada Liga Vet­eran 2017 di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.

Pada perlawanan penuh sengit itu, ABC Club Otai menundukkan PJR dengan 4-3.

Sebanyak tujuh pasukan menyertai Liga Veteran musim kedua terdiri Kebsta All Star, Mevec FC, Padian dan LBA (zon A) serta PML, ABC Club Otai dan PJR (zon B).

Hadir melakukan sepak mula perlawanan itu ialah Residen Bahagian Limbang, Datu Maria Hasman.

Turut sama Timbalan Presi­den LFA, Alidin@Brahim Ta­war dan jawatankuasa LFA.

Liga Veteran diperkenal­kan tahun lalu bagi merebut ganjaran berupa wang tunai RM1,500 untuk sang juara dan Piala Residen, tempat kedua menerima wang tunai RM1,000 serta ketiga bersama membawa pulang RM500.

Pastinya, Liga Veteran dianjurkan pertama kali di wilayah utara negeri ini mam­pu mengubat kerinduan pemi­nat bola sepak menyaksikan bintang dan legenda bola sepak beraksi.

Advertisement