Anda di sini

SMK Tabuan Jaya gah dalam sukan olahraga

Advertisement
 Atlet SMK Tabuan Jaya meraikan kejayaan bersama Penolong Jurulatih Mas Ibrahim (tujuh kanan) selepas kejohanan berakhir.
RAIKAN BERSAMA: Atlet SMK Tabuan Jaya meraikan kejayaan bersama Penolong Jurulatih Mas Ibrahim (tujuh kanan) selepas kejohanan berakhir.

KUCHING: SMK Tabuan Jaya mengukuhkan status selaku kuasa dalam sukan olahraga selepas muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Pembangunan Balapan dan Padang Kuching MSSM yang berakhir di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada Khamis lalu.

Dengan menampilkan sera­mai 49 atlet, SMK Tabuan Jaya berjaya merangkul 30 emas, 23 perak dan 11 gangsa pada kejohanan berlangsung selama tiga hari itu.

SMK Lundu menduduki tempat kedua dengan kutipan 17 emas, empat perak dan sembilan gangsa manakala Chung Hua Middle School No 1 menduduki tempat ketiga dengan meraih enam emas, dua perak dan enam gangsa.

Sekolah Menengah Swasta St Joseph dengan kekuatan 44 atlet menduduki tempat keempat dengan menggondol lima emas, 12 perak dan lima gangsa.

Ia disusuli dengan SMK Batu Lintang (4-8-7), SMK Green Road (4-3-3), Sekolah Menengah Lodge (4-2-3), SMK Santubong (3-5-4), SMK St Joseph (2-2-6) dan SMK Bau (2-2-6) di kedudu­kan kelima hingga ke-10.

Secara keseluruhan, seramai 802 pelajar dari 40 sekolah menengah di seluruh Bahagian Kuching mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Ia bertujuan mencungkil bakat baru untuk mewakili Kuching pada Kejohanan Balapan dan Padang Pem­bangunan Anara Bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Bawah 17, Bawah 14 dan Bawah 13 Lelaki dan Wanita.

Advertisement