Anda di sini

Bersepai FC atasi Saratok PC untuk julang piala Timbalan Ketua Menteri

Advertisement
 Uggah menyampaikan piala kemenangan kepada Bersepai FC.
JUARA: Uggah menyampaikan piala kemenangan kepada Bersepai FC.

BETONG: Pasukan Bersepai FC menjulang piala Timba­lan Ketua Menteri apabila menewaskan juara Liga Be­tong 2017 Saratok PC 3-2 pada final yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong di sini semalam.

Jaringan Bersepai FC dipe­rolehi menerusi jaringan Abang Ahmad Eizhan Abang Kassim pada minit ke-19 sekali gus memimpin per­mainan.

Reduan Ata menjarakkan kelebihan gol apabila men­jaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma dari jarak 35 meter pada minit ke-24.

Saratok PC merapatkan jurang gol selepas pemain Bersepai FC menjaringkan gol sendiri apabila penjaga gol mereka tidak dapat me­nampan bola hantaran ke be­lakang yang dilakukan Abang Eifwan Abang Kassim pada minit ke-72.

Bersepai FC meneruskan penguasaan apabila jaringan Abang Eifwan membalas kesi­lapan dengan menghasilkan jaringan pada minit ke-88.

Namun jaringan Ahmad Hassan seminit kemudian tidak mampu menahan ke­maraan Bersepai FC untuk kejuaraan sulung mereka di pentas final di Betong.

Dengan kemenangan itu, Bersepai FC membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

Manakala Saratok PC yang menjadi naib juara menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala iringan dan medal.

Pasukan yang tewas pada separuh akhir, PPMB FT dan Dayawa Saribas United di kedudukan ketiga bersama menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta medal.

Sementara itu, Pemain Ter­baik di anugerahkan kepada Mohamad Zulfiqar Sabeli, manakala Kasut Emas menjadi milik Mohamad Hirwandy Omar apabila berjaya men­jaringkan sebanyak lapan gol sepanjang kejohanan.

Penerima anugerah turut menerima sebuah piala dan baucar tunai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan kejohanan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu, Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Betong(BDFA) Nelson Kloni Kanang, Pe­mangku Residen Betong Friday Belik, Pegawai Dae­rah Betong Khalid Andong, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Cassidy Morris dan Abang Soehardie Abang Zaini.

Advertisement