Anda di sini

Cedera jejaskan fokus, prestasi

Advertisement
 Jamery memperagakan pingat dimenangi beliau.
MEMBANGGAKAN: Jamery memperagakan pingat dimenangi beliau.

KUCHING: Atlet renang paralimpik Sarawak Jamery Siga menyuarakan rasa kecewa dengan pen­capaiannya pada temasya Sukan Para ASEAN Ke- 9 2017 yang akan melabuhkan ti­rainya hari ini di Kuala Lumpur.

Ia selepas atlet kelahiran Limbang itu gagal memper­tahankan dua pingat emas dimenangi dua tahun lalu di Singapura apabila seka­dar meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa pada edisi kali ini.

“Saya mengalami kecederaan bahagian belakang sejak dua bulan lalu dan terpaksa bertand­ing dalam keadaan kesakitan.

“Ia menjejaskan fokus dan prestasi saya sepanjang kejohanan kali ini dan amat mengecewakan selepas saya gagal mempertahankan dua pingat emas dimenangi di Singapura dua tahun dulu.

“Apapun, saya telah cuba memberikan yang terbaik dan mahu mempertingkatkan lagi prestasi untuk mengha­dapi temasya akan datang,” komen Jamery kepada Utu­san Borneo menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Atlet berusia 33 tahun itu merangkul emas dalam acara 50 meter kupu-kupu dengan catatan 0.40 saat.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan emas dalam acara 200 meter gaya bebas apabila meraih perak dengan catatan 3.12 saat.

“Sasaran saya seterusnya untuk membuat persediaan menghadapi Kejohanan Para Asia di Indonesia pada tahun depan,” tambah Jamery lagi.

  • oleh
  • Advertisement