Anda di sini

Bangun sistem pembayaran Sarawak Pay bantu capai misi ekonomi digital

Advertisement

MIRI: Ahli perniagaan Cina di sini mengalu-alukan usaha kerajaan negeri membangunkan sistem pembayaran digital Sarawak Pay.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, pelaksanaan sistem itu membantu ke arah mentransformasi ekonomi negeri menuju ekonomi digital.

“Sekarang masa sesuai untuk warga peniaga memulakan strategi perniagaan dengan pendekatan pemasaran dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan ahli Exco Dewan Perniagaan dan Industri Cina (DPIC) di pasar terbuka di sini semalam.

Baru-baru ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak Pay merupakan pengenalan terhadap teknologi baharu sistem kewangan di negeri ini.

Usaha tersebut melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan syarikat multinasional China, Huawei.

Sehubungan itu, DPIC akan menubuhkan pasukan taskforce ekonomi digital untuk mengalakkan ahli terlibat dalam ekonomi digital dan edagang. 

Ahli juga mengadakan lawatan ke China pada pertengahan Oktober ini untuk mempelajari secara lebih mendalam ilmu perniagaan dalam talian.

Hadir sama semalam ialah Pengerusi DPIC, Lee Khoi Yun dan Ketua Publisiti SUPP Senadin Eric Chin.

Advertisement