Anda di sini

Tembakan di sekolah tinggi kejutkan AS

Advertisement

Seorang pelajar bersenjata berat tembak mati seorang pelajar lain, tiga lagi cedera

LOS ANGELES: Seorang pelajar menembak mati seorang pelajar lain dan mencederakan tiga lagi kelmarin di sebuah sekolah tinggi di negeri barat laut Washington sebelum senjatanya berjaya dirampas, kata pihak berkuasa.

Serangan itu berlaku di Freeman High School di Spokane County, negeri Washington, 460 kilometer dari Seattle, di mana saksi menceritakan tentang senario ketakutan ketika penembak yang bersenjata berat itu menghendap dalam dewan.

Syerif Daerah Ozzie Kne-zovich memberitahu pemberita, penembak adalah seorang pelajar yang dilengkapi lebih daripada satu senjata, dikatakan selaras raifal dan sepucuk pistol.

Dia seterusnya menge- luarkan senjatanya. Ketika itu dia cuba menembak dengan satu senjata tetapi ia tidak berfungsi,” kata syerif itu.

Dia seterusnya mengambil senjata seterusnya dan seorang pelajar mendekatinya, bercakap dengannya, dan pelajar itu ditembak. Pelajar itu tidak hidup,” katanya.

Dia kemudian melepaskan lebih banyak tembakan di ruang depan, yang terkena tiga pelajar lain dan pelajar tersebut kini berada di hospital,” katanya.

Knezovich berkata pe-nembak itu akhirnya dapat dilumpuhkan oleh “seorang anggota masyarakat Freeman”, sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Sebuah laman berita tempatan The Spokesman-Review berkata pelajar itu dicekup oleh seorang penjaga sekolah.

Ia berkata pertumpahan darah itu bermula di luar sebuah kelas biologi di tingkat dua sekolah terbabit.

Saya sedang menyimpan beg galas saya dan saya terdengar bunyi pop yang kuat, dan saya melihat ke belakang. Dia sedang berjalan-jalan,” kata seorang pelajar tahun pertama berusia 14 tahun Elisa Vigil kepada Spokesman-Review.

Dia membawa pistol. Wajahnya pasif sama sekali. Dia menembak seseorang di kepala. Saya bercangkung dalam dewan. Saya mendongak dan seorang gadis menjerit, ‘Tolong saya, tolong saya, tolong saya’. Dewan itu kosong. Dia terkena tembakan di belakang. Saya melihat ke kanan saya, dan di sana ada seorang budak lelaki dan dia ditembak pada bahagian kepala.”

Ketiga-tiga pelajar yang cedera adalah perempuan, katanya. Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil di sebuah hospital tempatan.

Pelajar memberitahu laman berita itu bahawa penembak adalah pelajar tahun dua yang menaiki bas sekolah ke kelas dengan senjata yang disembunyikannya dalam beg bulu tebal.

Kita perlu memahami apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita bahawa pelajar berasakan mereka perlu menggunakan senjata untuk menyelesaikan masalah yang mereka tangani,” kata Knezovich.

Freeman High School mempunyai hanya 327 pelajar sahaja, yang memberi khidmat kepada komuniti kecil dekat bandar  Spokane.

Pelajar berkata semua orang mengenali satu sama lain, dan ada yang memberitahu media tempatan bahawa mereka mengenali penembak.                        

Dia telah memberi satu nota kepada rakannya yang menyebut dia akan membuat sesuatu yang bodoh dan dapat menyebabkannya terbunuh atau dihumban ke penjara,” kata seorang pelajar kepada televisyen KXLY. “Ia berlaku beberapa minggu lalu.”

Michael Harper, 15, memberitahu Spokesman-Review bahawa dia adalah rakan baik si penembak.

Dia pelik,” Harper dipetik sebagai berkata. “Dan dia amat menyukai program Breaking Bad. Dia tidak pernah kelihatan seperti orang yang ada isu. Dia sentiasa bagus dan lucu dan pelik.”

Kontinjen anggota polis dan bomba yang besar menyahut panggilan ke talian kecemasan mereka, dan ibu bapa yang gelisah mula tiba di sekolah.

Cheryl Moser berkata anak-nya, seorang pelajar tahun pertama, menghubunginya dari bilik kelas tingkat dua selepas dia mendengar bunyi tembakan.

Dia menelefon saya dan berkata, ‘Mak, ada bunyi tembakan’. Dia kedengaran begitu takut. Saya tidak pernah mendengarnya se-perti itu,” kata Moser kepada Spokesman-Review.

Gabenor negeri Jay Inslee berkata serangan itu “me-nyayat hati”.

Sementara pegawai Spo-kane County meneruskan siasatan mereka untuk mendapatkan jawapan kepada soalan kita yang begitu ramai pada waktu tragedi yang tidak dijangkakan ini, Pasukan Pe-ronda Negeri Washington dan semua agensi kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membantu menyediakan sokongan dan keselesaan pada hari dan minggu yang akan datang,” kata Inslee.

Seorang “penembak aktif” ditangkap Jumaat lepas di sebuah sekolah di Columbus, Ohio, tetapi tiada yang cedera dalam insiden itu.

Setahun lalu, seorang remaja membunuh bapanya dan kemudian menembak dan mencederakan dua kanak-kanak dan seorang guru di sebuah sekolah rendah di South Carolina.

Menurut laman sesawang Gun Violence, 253 serangan massa – ditakrif sebagai empat orang atau lebih yang ditembak dalam satu insiden – dilapor-kan di Amerika Syarikat setakat ini pada tahun ini, termasuk serangan kelmarin di negeri Washington. — AFP

Advertisement