Anda di sini

Dua warga Indonesia edar dadah ditangkap

Advertisement

BINTULU: Dua lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di sini diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu hari ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata, dua suspek yang mengedar dadah sejak tahun 2013, ditangkap di rumah tidak bernombor di sebuah ladang sawit di Samalaju di sini sekitar jam 2 petang tadi.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, pihak polis menjumpai 36 keratan tiub straw warna merah jambu dan kuning berisi ketulan-ketulan kristal yang disyaki dadah syabu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah yang dirampas daripada dua suspek.
Dadah yang dirampas daripada dua suspek.
ACP Zailanni Amit
ACP Zailanni Amit
Advertisement