Anda di sini

Sibu sedia jadi tuan rumah Hari Malaysia: Wong

Advertisement

Sambutan di Dataran Bandar Sibu pada 16 September ini dijangka dihadiri TYT, KM

 Wong (tiga kiri) serta yang lain ketika meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dataran Bandar Sibu semalam.
PASTIKAN LANCAR: Wong (tiga kiri) serta yang lain ketika meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dataran Bandar Sibu semalam.

SIBU: Sibu bersedia menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dataran Bandar Sibu pada 16 September ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata sambutan tersebut akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Acara dijadualkan bermula jam 7 malam dengan persembahan konsert menampilkan artis tempatan dan kemudiannya ketibaan tetamu jemputan jam 8 malam.

Ketibaan tetamu disambut dengan persembahan gendang 1Malaysia, hadrah dan tarian singa oleh 100 pelajar,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee, Pengarah Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri (UPPAN) Datuk Khir Busrah dan Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Wong berkata, atur cara program kemudian bersambung dengan persembahan tarian tradisional diwarnai semua bendera negeri.

Acara kemuncak ucapan Ketua Menteri dan diikuti penyerahan Jalur Gemilang kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Ketua Konvoi Jalur Gemilang yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Abang Sardon Abang Hashim dan seterusnya diserahkan kepada pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum dikibarkan dengan iringan lagu Negaraku,” jelasnya.

Wong berkata, acara diteruskan dengan persembahan Malaysia Negaraku oleh 300  peserta yang berunsur patriotik serta hiburan dan diikuti persembahan bunga api.

Justeru, beliau meminta orang ramai hadir ke program itu bukan sahaja untuk menunjukkan semangat patriotik malah merupakan sambutan penting kepada rakyat Malaysia.

Selain Wong sebagai menteri bertanggungjawab sambutan itu, beliau dibantu Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail serta Dr Annuar.

  • oleh
  • Advertisement