Anda di sini

Ugut bunuh warga emas, lelaki dipenjara atau denda RM4,000

Advertisement

MIRI: Gara-gara melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas, seorang lelaki didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Frankie Jawi, 29, dari Kampung Tudan di sini mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mengang Tanjong, 67, dengan mengugut hendak membunuh atau mencederakan mangsa sambil bersenjatakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12 tengah hari, 2 September lalu di sebuah lot di Lorong Harmoni 3E-3 Tudan Fasa 6 di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement