Anda di sini

Rebut RM30 daftar untuk akaun Maxis ShopBack

Advertisement

Dapatkan rebat tunai menerusi apa-apa sahaja pembelian

KUCHING: Lebih 2 juta pelanggan pascabayar Maxis kini boleh mendapatkan tunai sebanyak RM30 apabila mereka mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack dan membuat transaksi pertama mereka dari lebih 500 kedai atas talian di ShopBack sehingga 17 September ini.

 Menurit kenyataan akhbarnya semalam, pelanggan boleh mendapatkan rebat tunai dari pembelian bagi apa-apa sahaja, seperti tiket penerbangan, penginapan hotel, barangan runcit, pakaian, serta penghantaran makanan dan perkhidmatan tunggangan.

 Di samping itu, pelanggan Maxis boleh mendapatkan sehingga 5 peratus rebat tunai tambahan dan menikmati tawaran eksklusif dari kedaikedai terpilih pihaknya.

 “Statistik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gemar berbelanja secara atas talian.

 “Jumlah transaksi atas talian terus meningkat di mana Malaysia mempunyai penembusan tertinggi bagi pembeli atas talian.

 “Pihak kami telah bekerjasama dengan ShopBack untuk menambah nilai kepada para pelanggan kami melalui pelbagai tawaran eksklusif, dan menghargai sokongan semua rakan kongsi kami yang turut bersemangat untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang benarbenar berbeza,” kata Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis, Dushyan Vaithiyanathan.

 Pelanggan Maxis boleh menikmati rebat tunai dari akaun Maxis ShopBack mereka melalui daftar untuk akaun Maxis ShopBack di www. shopback.my/Maxis (Pelanggan sedia ada ShopBack perlu mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack baharu untuk menikmati manfaat tambahan ini).

 Pilih kedai dan diarahkan ke laman web atau aplikasi untuk melengkapkan perbelanjaan atas talian anda.

 Dapatkan rebat tunai dalam akaun Maxis Shop- Back anda.

 Pelanggan boleh memilih untuk mengeluarkan rebat tunai mereka atau menggunakannya untuk membayar bil Maxis mereka.

 Sehingga 17 September, pelanggan Maxis ShopBack juga akan menikmati manfaat tambahan iaitu dua kali perkhidmatan tunggangan Grab percuma (bernilai RM5 setiap tunggangan).

 Pelanggan boleh mendapatkan kod promo dari banner kempen Maxis di dalam aplikasi ShopBack 6 peratus rebat tunai upsized di kedai atas talian Uniqlo.

 Hadiah eksklusif percuma dengan apa sahaja pembelian dari Sephora.

 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana pelanggan boleh dibayar untuk membeli-belah secara atas talian dengan Maxis ShopBack, saksikan video ini; Statistics Reveal That Malaysians Are Spending More Than Ever on Online Stores, dan Malaysians are online shopaholics.

Advertisement