Anda di sini

Detik kebanggaan seluruh rakyat Malaysia

Advertisement

Kejayaan Khairul Hafiz akhiri penantian 14 tahun dimenangi Nazmizan pada Sukan SEA 2003 di Hanoi

 Khairul Hafiz (tengah) meraikan kemenangannya ketika beraksi pada final acara 100 meter lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
RAJA PECUT ASEAN: Khairul Hafiz (tengah) meraikan kemenangannya ketika beraksi pada final acara 100 meter lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kejayaan Khairul Hafiz Jantan meraih ‘ibu pingat’sukan olahraga iaitu emasacara pecut 100m lelaki merupakan satu detikyang sangat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.

Khairul Hafiz menamatkan penantian selama 14 tahun untuk melihat seorang rakyat Malaysia menjuarai acara riben biru itu malamkelmarin, selepas kali terakhirdimenangi oleh Nazmizan Muhammad pada Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam dengan catatan 10.48s.

Dengan Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan dalam masa seminggulagi, ‘The Speedy Jantanberusia 19 tahun daripada Melaka itu memberikan satulagi kejayaan membanggakan kepada seluruh rakyat apabila menjuarai acara 100m dengan menewaskan juara bertahan Eric Cray daripada Filipina selepas mencatatkan 10.38s di Stadium Nasional malam kelmarin.

Turut berkongsi kebanggaan itu ialah bekas jaguh pecut negara dan juara Sukan Asia 1982,Datuk Rabuan Pityang hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada kebangkitan generasi baharu itu.

“Kejayaanitu sungguh membanggakan walaupun kali pertama Khairul Hafiz beraksi dipentas Sukan SEA,beliau dapat menyumbangkan pingat emas dalamacara yang dianggap ‘climaxevent’ bagi olahraga. Walaupun beliau tidak dapat capai catatan peribadi terbaiknya(10.18s), pingat emas itucukup bermakna.

“Saya jumpanya untuk memberikan motivasi ketika upacara perasmian Sukan SEA pada Sabtu lalu. Beliau memang seorang yanganak yang baik, rendah diri,menghormati orang tua dan mempunyai disiplin yang baik walaupun telah menjadi seorang atlet yang popular. Saya berharap beliau akanmengekalkan karakter itu selama-selamanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejayaan Khairul Hafiz kelmarin, ditambah dengan peluang bertemu dengan beberapa bekas atlet negaraseperti Nur Herman Majid(lari berhalangan) dan Mirnawan Nawawi (hoki)mengembalikan perasaan nostalgia legenda itu.

Bagi legenda pecut negara Watson Nyambek yang juga dikenali sebagai ‘The FlyingDayak’, kejayaan Khairul Hafiz akan membuka matadunia mengenai kemampuan negara dalam melahirkan raja pecut.

“Tahniah kepada beliau.Saya nak lihat beliau diperingkat tertinggi selepasini seperti Olimpik, seperti mana yang saya pernah wakili negara satu ketika dahulu,” katanya.

Watson, pemegang rekod acara 100m Sukan Malaysia selama 21 tahun dengancatatan 10.30saat sebelum diperbaharui Khairul Hafizpada Sukma di Kuching,tahun lepas dengan catatan10.18s, turut pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada1996 dan Sydney(2000).

Nazmizan berkata kejayaan malam kelmarinsebagai pembakar semangat buat Khairul Hafizdan skuad olahraga negarauntuk mencapai lebih banyak kejayaan pada temasyadwi tahunan itu.

“Tahniah KHJ (KhairulHafiz Jantan), saya berbangga dengan kejayaananda, moga ini jadi pembakar semangat untuk atletlain dan buru dua lagi emas dalam 200m dan 4x100 pada Sukan SEA ini.

“Teruskan momentum juara ini untuk anda menjelmakan pencapaian lebihbe rmakna pada Suka nAsia 2018 nanti,” katanya. — Bernama

Advertisement