Anda di sini

Kereta api tergelincir di India

Advertisement
 Anggota polis dan kru kecemasan semalam menjalankan tugas di tempat kejadian yang menyaksikan 14 gerabak terkeluar dari landasan pada malam kelmarin dekat Khatauli, Uttar Pradesh. — Gambar AFP
TERGELINCIR: Anggota polis dan kru kecemasan semalam menjalankan tugas di tempat kejadian yang menyaksikan 14 gerabak terkeluar dari landasan pada malam kelmarin dekat Khatauli, Uttar Pradesh. — Gambar AFP

Nahas besar keempat pada tahun ini saksikan puluhan maut, cedera

NEW DELHI: Kru kecemasan memeriksa ge rabak yang r emuk semalam untuk mencari mangsa lain selepas satu nahas kereta api di utara India mengorbankan 23 penumpang, kemalangan besar keempat pada tahun ini dalam rangkaian landasan kereta api yang usang.

 Seramai 156 orang lagi cedera apabila 14 gerabak tergelincir dari landasan dalam daerah Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh, 130 kilometer dari New Delhi, pada petang kelmarin.

 Gerabak dalam longgokan remuk selepas kereta api ekspres itu tergelincir dari landasan pada kelajuan 100 kilometer sejam, dan merempuh rumah berdekatan dan sebuah kolej.

 Penyelamat menggunakan gergasi yang menggunakan kuasa gas semalam untuk mengumpil logam yang remuk dan memeriksa bangkai kereta api dengan anjing pengesan.

 “Kami sedang memeriksa gerabak dengan terperinci bagi sebarang mangsa yang selamat atau mayat.

 “Kami akan membersihkan landasan pada hari ini,” kata ketua polis daerah Muzaffarnagar Anant Dev.

 Ramai orang pergi ke lokasi nahas untuk membantu mengeluarkan penumpang dari gerabak yang rosak, kebanyakannya terbalik dan robek.

 B e b e r a p a m a n g s a mengalami kecederaan yang serius tetapi ramai sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas menerima rawatan, tambah Dev.

 Kereta api ekspres Utkal- Kalinga meninggalkan Puri, sebuah kota kuil di pantai timur India, pada petang Khamis lepas dan dijadual tiba di kota suci Hindu di utara, Haridwar, semalam.

 Kerajaan mengarahkan inkuiri ke atas nahas itu di tengah-tengah spekulasi bahawa kerja penyelenggaraan yang tidak mengikut jadual sedang dijalankan ketika itu.

 “Ma s ih ter l a lu awa l untuk membuat sebarang dakwaan.

 “Penyelenggaraan dibuat sepanjang masa tetapi segalanya akan jelas selepas siasatan selesai,” kata seorang pegawai kereta api kanan yang enggan dikenali.

 Seorang lagi pegawai kereta api, R.

N.

 Singh, memberitahu akhbar Press Trust of India, ‘kerja rutin’ sedang dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

 P e n y i a s a t j e n a y a h turut menyiasat sama ada ia melibatkan perbuatan khianat.

 Rangkaian kereta api di India merupakan yang keempat terbesar di dunia dan masih menjadi bentuk perjalanan utama di negara yang besar dan luas itu, tetapi tidak dibiayai dengan baik dan kemalangan maut sering berlaku.

 Pakar menyalahkan pelaburan dan standard keselamatan rendah atas kekerapan nahas kereta api.

 Kejadian terbaharu ini merupakan nahas besar keempat pada tahun ini, menyusul i kemalangan di Uttar Pradesh pada November tahun lalu yang mengorbankan 146 orang.

 Pada Januari lalu, hampir 40 orang terbunuh apabila sebuah kereta api penumpang terbabas di negeri selatan Andhra Pradesh.

 Satu laporan kerajaan pada 2012 menggambarkan kematian 15,000 penumpang dalam nahas kereta api setiap tahun di India sebagai ‘pembunuhan beramairamai’.

 Perdana Menteri Narendra Modi sudah menjanjikan AS$137 bilion (RM616.

5 juta) dalam tempoh lima tahun untuk memodenkan landasan kereta api yang usang dan kerajaannya sudah menandatangani banyak perjanjian menaik taraf dengan syarikat swasta.

 Jepun bersetuju untuk menyediakan pinjaman sebanyak AS$12 bilion untuk membina kereta api peluru pertama di India, dan Modi serta Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijangka memecah tanah projek pada September.

 — AFP

Advertisement