Anda di sini

Elak gejala negatif bermula dari rumah

Advertisement

Pencegahan terbaik penyalahgunaan dadah kalangan remaja, pelajar adalah melalui agama, nilai diterap sejak kecil
 

MUKAH: Sikap menahan diri daripada dipengaruhi gejala negatif harus bermula dari rumah dan komuniti setempat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata pencegahan terbaik penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar adalah melalui agama dan nilai diterap sejak kecil.

Melalui agama dan nilai ini kita sudah terapkan dari kecil dan menjadi pelindung diri daripada terlibat dalam apa sahaja gejala negatif temasuk dadah,” katanya pada Majlis Pelancaran Komuniti Bersama Memerangi Dadah Daerah Dalat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya pagi semalam.

Bagaimanapun, tidak dapat disangkal ada faktor-faktor lain mempengaruhi seseorang remaja atau pelajar ketika membesar.

Walaupun sudah ada agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), masih ada peranan bukan berbentuk penguatkuasaan.

Pihak sekolah umpamanya boleh mengesan perubahan dan seterusnya membimbing pelajar bermasalah terutama dalam gejala dadah,” jelasnya.

Beliau percaya di peringkat sekolah menengah juga ada terdapat program khusus membanteras gejala ini namun harus dilakukan dengan menyasarkan golongan tepat.

Apa yang penting, sesiapa sahaja terlibat dengan belenggu masalah itu harus dibantu untuk tindakan segera.

Ini dilakukan sebelum perkara lain terjadi kerana penagihan serta penyalahgunaan dadah berkait rapat dan menjadi punca jenayah-jenayah lain,” kata Fatimah.

Katanya sesiapa sahaja tidak mahu anak yang ditatang bagai minyak penuh akhirnya rosak akibat bahana dadah.

  • oleh
  • Advertisement