Anda di sini

Perarakan penuh warna-warni

Advertisement
 Persembahan pembukaan yang melambangkan perpaduan etnik dan budaya di Sarawak.
PAMER PERPADUAN: Persembahan pembukaan yang melambangkan perpaduan etnik dan budaya di Sarawak.
 Kontinjen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) diwakili oleh Kumpulan Rumpun Seni UiTM.
WARNA-WARNI: Kontinjen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) diwakili oleh Kumpulan Rumpun Seni UiTM.

KUCHING: Bandar raya ini diterangi kilauan lampu berwarna-warni ketika berlangsungnya 'Kuching City Street Parade' bersempena sambutan Hari Bandar Raya Kuching Ke-29, malam tadi.

Perarakan Jalanan Bandar Raya Kuching yang dimulakan pada jam 8.30 malam, menampilkan sebanyak 46 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah rendah dan menengah.

 Turut tidak ketinggalan ialah persembahan tarian tradisional juga dipersembahkan dalam perarakan malam tadi.
MERIAH: Turut tidak ketinggalan ialah persembahan tarian tradisional juga dipersembahkan dalam perarakan malam tadi.

'Kuching City Street Parade' bermula di Pusat Komersial Travillion, di sini melalui Jalan Tunku Abdul Rahman (berhadapan Hotel Hilton) dan kemudiannya berakhir di Jalan Tun Abang Haji Openg (melalui Pejabat Pos Kuching dan Plaza Merdeka). 

 Persembahan tarian Kucing yang begitu bersemangat dipersembahkan oleh Kontinjen Rapet Dancers.
AKTIF: Persembahan tarian Kucing yang begitu bersemangat dipersembahkan oleh Kontinjen Rapet Dancers.

Lebih menarik, tahun ini, perarakan ini menawarkan hadiah keseluruhan yang berjumlah RM28,000 bagi lima kategori yang dipertandingkan termasuk Kategori Terbuka, Junior, Pasukan Pancaragam, Basikal dan Motosikal.

Hadir memeriahkan perarakan ialah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datin Amar Dato Juma'ani Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

 (dari kiri) Dr Sim, Asfia, Abdul Wahap dan Abang Johari ketika menyaksikan lintas hormat perarakan 'Kuching City Street Parade', malam tadi.
TERHIBUR: (dari kiri) Dr Sim, Asfia, Abdul Wahap dan Abang Johari ketika menyaksikan lintas hormat perarakan 'Kuching City Street Parade', malam tadi.
 Kontinjen dari MBKS antara kontinjen awal yang melakukan lintas hormat.
TIDAK KETINGGALAN: Kontinjen dari MBKS antara kontinjen awal yang melakukan lintas hormat.
  • oleh
  • Advertisement