Anda di sini

Buaya 300kg ditangkap di Sibuti

Advertisement

MIRI: Penduduk Kampung Labau Sibuti berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 13 kaki di kawasan ladang sawit berhampiran anak sungai kampung berkenaan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata reptilia itu mulanya ditangkap penduduk dengan menggunakan perangkap, semalam.

Sebaik sahaja berjaya ditangkap, penduduk kampung seterusnya menghubungi pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan APM Miri untuk tindakan selanjutnya.

Sepasukan anggota APM diketuai oleh Sabri Maula Ramli yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.22 petang kemudiannya bergegas ke lokasi.

Sebaik sahaja sampai, anggota APM berhubung dengan kakitangan SFC untuk mengetahui lebih lanjut kedudukan reptilia berkenaan.

Meskipun berdepan reptilia ganas itu, anggota APM bersama SFC serta penduduk kampung berjaya menundukkan buaya berkenaan.

Buaya anggaran seberat 300 kilogram itu kemudian berjaya dipindahkan ke dalam lori APM Miri untuk dihantar ke Taman Buaya Benaya di Kuala Baram.

 Kelihatan anggota APM, SFC dan penduduk kampung sedang memindahkan buaya sepanjang 13 kaki ke dalam lori sebelum dihantar ke Benaya Farm Kuala Baram.
DITANGKAP: Kelihatan anggota APM, SFC dan penduduk kampung sedang memindahkan buaya sepanjang 13 kaki ke dalam lori sebelum dihantar ke Benaya Farm Kuala Baram.
Seekor buaya sepanjang 13 kaki di kawasan ladang sawit berhampiran anak sungai kampung berkenaan.
Seekor buaya sepanjang 13 kaki di kawasan ladang sawit berhampiran anak sungai kampung berkenaan.
  • oleh
  • Advertisement