Anda di sini

Warga emas mengaku tidak bersalah merogol

Advertisement

SIBU: Seorang warga emas berusia 59 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah di sini semalam atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun empat bulan.

Tertuduh, Ugiir Buak, bagaimanapun tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin memandangkan tertuduh dan juga mangsa tinggal di rumah panjang yang sama.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan reman lanjut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah panjang di Pasai Siong pada bulan Julai 2016.

Bagi pertuduhan itu, Ugiir didakwa mengikut Seksyen 376(2), Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan, jika sabit dengan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 September ini bagi sebutan lanjut kes.

Advertisement