Anda di sini

Penyeludup tolak pendatang ke laut: IOM

Advertisement

Insiden di luar Yaman saksi 29 dari Somali dan Habsyah maut, 22 lagi hilang

DUBAI: Penyeludup menolak lebih 120 pendatang Somali dan Habsyah ke dalam laut di luar Yaman pada Rabu, menyebabkan 29 maut dan 22 lagi hilang, menurut Organisasi Antarabangsa bagi Migrasi (IOM).

IOM berkata ia telah mene-mui kubur cetek untuk 29 pendatang di pantai di wilayah selatan Shabwa selepas mangsa dikebumikan oleh mereka yang terselamat.

Penyeludup telah sengaja menolak pendatang tersebut ke dalam air kerana mereka bimbang bahawa mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa sebaik sahaja mereka sampai ke pantai,” seorang pegawai kecemasan IOM di Aden memberitahu AFP.

Kemudian mereka “hanya kembali ke mana mereka berasal untuk mengambil lebih ramai pendatang dan cuba untuk menyeludup mereka ke Yaman, sekali lagi.”

IOM menyatakan kira-kira 55,000 pendatang telah meninggalkan negara Horn of Africa menuju ke Yaman sejak awal tahun ini, kebanyakan bertujuan untuk mencari pekerjaan di negara-negara Teluk.

Perjalanan adalah sangat berbahaya pada masa sekarang disebabkan oleh angin kuat di kawasan Lautan Hindi.

Pegawai IOM berkata terdapat “ramai wanita dan kanak-kanak di kalangan mereka yang terkorban dan mereka yang masih lagi hilang”.

Satu kenyataan IOM me-nyatakan kakitangannya telah menyediakan bantuan segera bagi pendatang yang terselamat yang tinggal di kawasan pantai.

Ia menganggarkan lingkungan usia bagi pendatang di dalam bot adalah sekitar 16 tahun.

Mangsa terselamat memberitahu IOM bahawa seorang penyeludup telah menolak mereka ke dalam laut selepas melihat orang yang kelihatan seperti pihak berkuasa, menurut ketua misi IOM di Yaman Laurent de Boeck.

Mereka turut memberitahu kami bahawa penyeludup telah kembali ke Somalia bagi meneruskan urus niaganya dan mengambil lebih ramai pendatang untuk dibawa ke Yaman dengan menggunakan laluan yang sama,” jelas beliau.

Ini adalah sangat mengejutkan dan tidak berperikemanusiaan.”

Di sebalik peperangan yang telah meragut lebih 8,000 nyawa sejak Mac 2015 dan membawa negara di ambang kebuluran, Yaman terus menarik mereka yang me-larikan diri dari negara Horn of Africa.

Beberapa kem pelarian di selatan Yaman telah menempatkan pelarian Somali.

Sudah salah sebuah negara termiskin di dunia Arab, negara tersebut digegarkan oleh konflik selama beberapa tahun antara pemberontak Huthi Syiah dan kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, disokong oleh pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi.

Pada Mac lalu, sebuah helikopter melepaskan tembakan ke arah sebuah bot yang membawa lebih 140 penumpang di luar pantai Laut Merah di Yaman, mengorbankan 42 orang awam dan mencederakan 34 yang lain.

Laporan sulit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat oleh AFP pada Julai menyatakan serangan adalah hampir pasti dilakukan oleh pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi, dalam satu operasi yang ia kecam sebagai pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ia menyatakan pasukan tentera pakatan merupakan satu-satunya pihak dalam konflik yang berupaya mengendalikan helikopter utiliti bersenjata di kawasan ber-kenaan. — AFP

Advertisement