Anda di sini

Sam kongsi ruang & juga peluang bermain dram

Advertisement
__alt__

KUCHING: Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya seorang bintang apabila memainkan instrumen dram kerana ia merupakan salah satu alat muzik yang paling senang dimainkan oleh semua peringkat umur.

Pengasas Komuniti Dram 1Drum.org, Shameer Narindra atau Sam berkata secara asasnya apa sahaja yang diketuk atau ditepuk menghasilkan bunyi sebenarnya merupakan alunan muzik.

Banyak kali saya lihat ramai yang pandai memainkan dram tetapi tidak pernah diberi peluang untuk memainkannya.

Apabila saya sendiri berpeluang bermain dram, terdetik juga perasaan untuk memberi peluang yang sama kepada mereka yang mengingin untuk melakukannya kerana saya tahu ramai yang tidak berpeluang berbuat demikian.

Justeru itu, saya menubuhkan 1Drum.org pada 2012 bagi menyediakan perkhidmatan fasilitator yang akan memberi peluang kepada bakat terpendam ini melakukan sesuatu yang membuatkan diri mereka gembira dan ia bukan sekadar riadah semata-mata.

1Drum.org juga pernah melakukan kerja kebajikan pada awal penubuhan untuk kanak-kanak dan sebenarnya ia adalah salah satu daripada aktiviti yang mahu kita jalankan secara berterusan walaupun kami turut menyediakan perkhidmatan acara yang lainnya.

Menerusi minatnya sejak kecil, beliau kini mempunyai beberapa koleksi dram dari beberapa buah negara yang sudah dilawatinya seperti Brazil, Morocco, Sepanyol dan Latvia.

Bagaimanapun, beliau amat mengemari ‘Djembe’ yang berasal dari Barat Afrika dan tidak pernah berpeluang untuk memainkannya sewaktu bersama dengan 1Drum.org.

Aktiviti di dalam 1Drum.org biasanya dimainkan secara berkumpulan bagi memudahkan interaksi bersama ahli yang lainnya kerana tidak pernah merancang untuk memainkan lagu bergenre sama, semuanya berlaku secara spontan.

Jelas Sam, orang ramai perlu tahu gendang atau instrumen dram merupakan alat muzik yang utama digunakan semasa membuat pemujaan upacara keagamaan dan juga festival keramaian.

Beliau ketika berusia 28 tahun mengikuti kursus di Singapura di bawah bimbingan seorang fasilitator dari Amerika Syarikat.

Kini segala yang dipelajari beliau diguna pakai bersama Komuniti Dram dan beberapa kumpulan lain yang pernah beliau sertai semasa awal penglibatannya di dalam dunia muzik instrumen.

Walaupun berpengkalan di UK tetapi beliau kerap dijemput ke acara-acara festival di tanahairnya sendiri, Malaysia.

Baru-baru ini sekumpulan daripada pemain dram itu termasuk Sam sendiri diberi kepercayaan untuk mengajar bengkel berkenaan dram di Festival Hutan Hujan Sedunia 2017 yang ke-20.

  • oleh
  • Advertisement