Anda di sini

Progam Akademi JCI Malaysia Ke-20 tamat

Advertisement

SIBU: Program Akademi Junior Chamber Internationmal (JCI) Malaysia Ke-20 telah menutup tirainya semalam di Universiti Teknologi Kolej Sarawak (UCTS) selepas berlangsung selama tiga hari bermula  4 Ogos lalu.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek Joseph Chieng mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama Presiden Kebangsaan JCI Malaysia Nurul Huda Mohd Affandi dan pengerusi penganjur Gideon Lau.

Program akademi anjuran JCI Seduan di bawah projek JCI Malaysia itu telah menghimpunkan kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada ahli JCI dari seluruh Malaysia.

Berucap pada majlis itu, Gideon berharap segala pengalaman dan pengetahun yang diperolehi sepanjang tiga hari program itu dapat menjadi penyuntik semangat bagi meneruskan misi dan visi yang dipegang JCI Malaysia selama ini.

Di samping itu, beliau berkata, program itu juga berjaya mengutip derma sebanyak lebih RM2,000 dan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Jangan sesekali takut pada cabaran dan teruskan usaha untuk memajukan diri kamu,” katanya.

Advertisement