Anda di sini

Baru petik laporan KAN berhubung kontraktor gagal cat rumah RPR

Advertisement

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian semalam berkata beliau hanya memetik laporan Ketua Audit Negara (KAN) dalam kenyataannya baru-baru ini.

Beliau berkata KAN dalam Laporan KAN Siri 1, 2016 menyatakan bahawa dua kontraktor itu gagal menyiapkan kerja mengecat rumah pangsa RPR Permyjaya Miri walaupun telah dibayar RM2.88 juta oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) bagi tujuan itu.

Tambahnya, beliau tidak pernah menyebut mana-mana nama individu atau syarikat dalam laporan itu.

Saya telah dituduh memburukkan syarikat-syarikat berkenaan yang tidak bernama. Malah saya tidak boleh disaman kerana memfitnah kerana mereka tidak ada rasa hormat atau keberanian untuk mendedahkan identiti mereka,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris, kontraktor tidak bernama menuduh beliau tidak memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan ke atas syarikat berkenaan.

Syarikat kontraktor tidak bernama itu menafikan mereka tidak melakukan kerja-kerja mengecat semula bagi projek perumahan di Miri walaupun telah dibayar oleh HDC .

Menurut kontraktor itu lagi, kerja-kerja mengecat semula telah dilakukan dan siap pada 2015, malah mereka mempunyai setiap bukti untuk itu.

Bagaimanapun Baru berkata Laporan KAN sangat jelas mengatakan pengkhususan kerja dengan jumlah peruntukan RM2.01 juta, seharusnya disiapkan oleh kontraktor di Miri, sama ada tidak dilakukan, tidak bermutu atau tidak lengkap,” ujarnya.

Saya tidak bercakap kosong atau mengarut. Laporan penuh mengenai HDC dari muka surat 94 hingga 125 dalam Laporan KAN.

Jadi jika anda mahu menuduh sesiapa sahaja, lakukan dan tuduhlah KAN. Seperti dia (kontraktor) menafikan KAN, memberitahu Laporan KAN tidak betul dan KAN bercakap bohong,” ujarnya.

Advertisement