Anda di sini

Kokain 1.46 tan menuju Australia dirampas

Advertisement

SYDNEY: Sejumlah besar kokain yang menuju Australia dalam badan sebuah kapal layar telah dipintas oleh tentera laut Perancis di Lautan Pasifik, kata pegawai semalam.

Dadah seberat 1.46 tan itu dengan anggaran nilai pasaran AU$322 juta (RM1.09 bilion) dirampas di Pasifik Selatan dan empat anggota kru, dipercayai warga Lithuania dan Latvia, telah ditangkap.

Kapal “Afalina”, yang belayar dari Amerika Selatan, ditunda ke Noumea di New Caledonia, sebuah wilayah Perancis.

Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia berkata ia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk menyiasat “sindiket Lithuania” dan menentukan tempat asal sebenar dadah itu sele-pas rampasan pada minggu lepas.

“Kami bersyukur bagi tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Perancis yang berjaya mencegah jumlah dadah yang signifikan daripada sampai ke jalan-jalan di Australia,” kata pengarah eksekutif perisikan suruhan-jaya, Col Blanch.

“Ini menunjukkan kepen-tingan kerjasama di antara penguatkuasaaan antarabangsa dan agensi perisikan untuk menyasari perusahaan jenayah transnasional dengan berkesan.”

Dadah tersebut dimusnah-kan kelmarin dalam relau di sebuah loji nikel Noumea, kata jurucakap syarikat itu.

Dengan harga pasarannya yang tinggi, Australia merupakan destinasi yang menarik bagi penyeludup dadah. Negara itu juga mempunyai masalah yang semakin serius dengan ketagihan pil khayal.

Pada bulan lepas, tiga lelaki didakwa selepas dituduh berkomplot untuk menyeludup sejumlah besar pil khayal dari Amerika Syarikat ke Australia dalam sebuah pesawat ringan menerusi Lautan Pasifik. — AFP

Advertisement