Anda di sini

Semua 25 kementerian capai tahap cemerlang

Advertisement

Prestasi pengurusan kewangan keseluruhannya meningkat

 Kakitangan Jabatan Audit Negara Rosliza Razi (kanan) dan Siti Zulaiha                                    Mustapar melihat Buku Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 di Bangunan Parlimen                    di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
BUKU LAPORAN: Kakitangan Jabatan Audit Negara Rosliza Razi (kanan) dan Siti Zulaiha Mustapar melihat Buku Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Ke-semua 25 kementerian mencapai  tahap cemerlang  pada tahun lepas berban-ding dua tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1.

Menurut inti sari laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Kewangan  Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun Persekutuan yang terkandung dalam laporan audit itu, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian pada ke-seluruhannya menunjukkan peningkatan.

Pada tahun 2016, semua 25 (100 peratus) kementerian mencapai tahap cemerlang berbanding 16 (64 peratus) dan 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementerian pada 2015 dan 24 kementerian pada 2014,” menurut laporan itu yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) di 25 kementerian, 18 jabatan Persekutuan yang di-audit secara tahunan dan 38 badan berkanun Persekutuan yang diaudit secara pusingan tiga tahun.

Ia bagi menilai sama ada pengurusan kewangan mereka telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewa-ngan yang berkaitan.

Menurut laporan itu, prestasi pengurusan kewangan di 18 jabatan persekutuan yang diaudit secara tahunan me-nunjukkan peningkatan dengan 16 jabatan mencapai tahap cemerlang dan dua di tahap baik.

Sementara itu, prestasi pengurusan kewangan di 38 badan berkanun Persekutuan (BBP) yang diaudit secara pusingan setiap tiga tahun sekali menunjukkan 16 BBP berada pada tahap Cemerlang, 19 pada tahap baik dan tiga BBP di tahap memuaskan.

Pengauditan juga telah dijalankan di  Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan (JBS)  dan 15 JBS negeri serta 13 pe-jabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri di seluruh negara.

Selain itu, pengauditan juga telah dijalankan di enam pejabat perwakilan Malaysia di luar negara di bawah Kementerian Luar dan di tujuh Pejabat Perwakilan Badan Berkanun Persekutuan di luar negara.

Jabatan Audit Negara turut menjalankan pengauditan secara mengejut di 265 pusat tanggungjawab/Pusat Kos Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri dan daerah di bawah 20 Kementerian serta 148 pejabat di bawah 47 BPP.

Hasil pengauditan itu telah mengesan beberapa kes seperti daftar setem, buku tunai dan buku panjar wang runcit tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini, pemeriksaan mengejut tidak dilaksana seperti ditetapkan dan penurunan kuasa tidak diberi kepada pegawai yang memegang kunci dan nombor kombinasi peti besi.

Selain pengauditan bagi memenuhi kehendak undang-undang, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan penilaian khas terhadap prestasi pengurusan kewangan kementerian/jabatan/agensi di bawah kawalan ketua jabatan yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), me-libatkan 63 ketua jabatan.

Sementara itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad menerusi kata pendahuluan dalam laporan audit mengenai aktiviti kementerian/ jabatan kera-jaan Persekutuan 2016 ber-kata,  secara umumnya, aktiviti kerajaan telah dilaksanakan mengikut objektif ditetapkan, meskipun terdapat beberapa kelemahan.

Beliau berkata antara kelemahan itu adalah kerja, bekalan dan perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi, tidak berkualiti atau tidak sesuai; kelewatan pembekalan dan penyiapan projek; pembayaran tidak teratur; pembaziran serta ketidakcekapan dalam pengurusan aset dan pungutan hasil kerajaan.

Madinah berkata kelemahan itu berpunca daripada kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosedur yang ditetapkan kerajaan, kurang teliti semasa merancang program, aktiviti atau projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek dan kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek.

Bagi membolehkan ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan melaksanakan tindakan pembetulan dan penambahbaikan, Madinah berkata beliau telah mengemukakan 90 syor untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti. — Bernama

Advertisement