Anda di sini

Kim bangga misil ICBM sampai ke AS

Advertisement
 Penduduk Korea Utara menyaksikan pelancaran ujian misil ICBM yang dipaparkan pada skrin gergasi di dataran awam di Pyongyang, semalam. — Gambar AFP
BANGGA: Penduduk Korea Utara menyaksikan pelancaran ujian misil ICBM yang dipaparkan pada skrin gergasi di dataran awam di Pyongyang, semalam. — Gambar AFP

Washington dakwa Beijing dan Moscow bertanggungjawab galakkan Korea Utara

SEOUL: Kim J o n g - un berbangga dengan keupayaan Korea Utara untuk menyerang sebarang sasaran di Amerika Syarikat (AS) selepas ujian kedua ICBM yang menurut pakar persenjataan semalam mampu mencapai New York.

 China mengecam ujian tersebut, tetapi Setiausaha Luar Rex Tillerson mendakwa Be i j i n g d a n Mo s c o w mempunyai ‘tanggungjawab unik’ ke atas peningkatan ancaman negara terasing Utara.

 Kim menyatakan ujian tersebut adalah amaran keras buat AS dan menggambarkan keupayaan Utara untuk melancarkan serangan tanpa mengira masa dan tempat, menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

 “Pemimp i n b e r k a t a dengan bangga bahawa ujian tersebut turut mengesahkan seluruh tanah besar AS kini dalam jarak serangan kita,” katanya.

 Presiden AS Donald Trump mengecam ujian tersebut sebagai semberono dan berbahaya serta menolak dakwaan Pyongyang bahawa ujian sedemikian membantu menjamin keselamatan negara.

 “AS akan mengambil semua langkah yang diperlukan bagi memastikan keselamatan tanah air dan melindungi sekutu kami di wilayah tersebut,” tambah Trump.

 Pa k a r p e r s e n j a t a a n mendakwa altitud dan masa pelancaran misil kelmarin mencadangkan ia secara signifi kannya lebih berkuasa daripada ujian 4 Julai, dengan jarak teori sekitar 10,000 kilometer bermaksud ia mampu mencapai bandarbandar pantai timur AS seperti New York, bergantung kepada saiz dan beban misil.

 K i m D o n g - y u b , penganalisis pertahanan bagi Institut Kajian Timur Jauh di Universiti Kyungnam berkata, Korea Utara mungkin telah berjaya mengecilkan saiz peluru berpandu kepada 750 kilogram.

 “Jika misil itu membawa beban 750 kilogram, jaraknya boleh mencecah 10,000 kilometer.

 “Mengambil kira pusingan Bumi, ini bermakna ia bukan hanya mampu mencapai bukan hanya bandar barat malah New York dan Washington juga,” katanya.

 Tillerson sementara itu mendakwa sekutu utama Pyongyang, Beijing, dan Moscow, bertanggungjawab atas ancaman meningkat.

 “ S e b a g a i p e n g g a l a k ekonomi utama program pembangunan misil balistik dan senjata nuklear Korea Utara, China dan Rusia memikul tanggungjawab unik dan khusus dalam peningkatan ancaman ke atas kestabilan wilayah dan global,” tambahnya.

 Menteri Luar Jepun Fumio Kishida berkata, beliau mengadakan rundingan melalui telefon dengan Tillerson dan mempersetujui keperluan untuk meletakkan tekanan paling tinggi ke atas Korea Utara.

 “Kami mengesahkan kami akan bekerjasama rapat dalam melaksanakan resolusi baharu UNSC (Majlis Keselamatan PBB) termasuk langkah keras, selain merundingkan China dan Rusia,” kata Kishida kepada para wartawan.

 Sebagai respons standard terhadap ujian tersebut, Beijing menggesa semua pihak untuk bertenang, selepas AS dan Korea Selatan menjalankan latihan peluru hidup menggunakan misil darat-ke-darat.

 Ketua-ketua tentera AS dan Korea Selatan juga membincangkan pilihan r e s p o n s k e t e n t e r a a n selepas pelancaran itu, kata Pentagon.

 Korea Selatan berkata, ujian Utara mendorong mereka mempercepat kereahan sistem pertahanan misil AS di sebalik protes berterusan China bahawa ia mampu menggugat kestabilan wilayah tersebut.

 “Kerahan sistem THAAD (pertahanan misil) tidak mampu menyelesaikan kebimbangan keselamatan Kor e a Se l a t an apa t a h lagi menangani masalah di semenanjung Korea,” me n u r u t k e n y a t a a n kementerian hal ehwal asing China semalam.

 — AFP

Advertisement