Anda di sini

Penduduk terjejas terima bantuan kewangan

Advertisement
 Linda (lima kiri) bersama sebahagian penduduk Taman Sibuga yang terjejas.
BANTU RAKYAT: Linda (lima kiri) bersama sebahagian penduduk Taman Sibuga yang terjejas.

SANDAKAN: Beberapa penduduk di Taman Sibuga yang terjejas berikutan bumbung rumah rosak akibat angin ribut, menerima bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Linda bertemu dengan penduduk yang terjejas itu apabila perkara itu dikemukakan kepadanya semasa program turun padang beliau ke kawasannya.

Beliau memberi bantuan wang tunai kepada wakil penduduk yang terjejas untuk membantu mengurangkan beban kewangan mereka disebabkan kerosakan akibat bencana alam itu.

Turut bersama Linda pada program itu ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Penduduk yang terjejas merakam ribuan terima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau terhadap nasib mereka dan tindak balas segera dengan memberikan bantuan kepada mereka.

Advertisement