Anda di sini

FAMA tanam musang king dan black thorn di sabah

Advertisement
 Juhar menerima cenderahati daripada Badruddin (empat kiri). — Gambar Jabatan Penerangan
TERIMA KASIH: Juhar menerima cenderahati daripada Badruddin (empat kiri). — Gambar Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal melancarkan projek perintis menanam durian dari klon tinggi iaitu jenis Musang King dan Black Thorn di negeri ini.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, projek perintis itu akan dimulakan secepat mungkin dengan mengenal pasti lokasi, tanah dan iklim bersesuaian dengan penanaman durian klon berkenaan.

“Kita akan pastikan projek ini dikomersilkan supaya dapat pengeluaran dan pasaran diperluas di dalam serta luar negara.

“Sabah dikurnia bumi yang cemerlang dengan hasil tanaman buah-buahan yang baik dan ini boleh jadi satu tarikan pelancong ke Sabah terutamanya pelancong dari China, Hong Kong dan Taiwan.

“Kita hidangkan pelancong dengan buah-buahan popular dan yang tiada di negara mereka selain menjadi tarikan sektor agro pelancongan baharu di Sabah,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, kelmarin.

Tambahnya, FAMA akan ke China bulan hadapan untuk membuat promosi dan memperluas pasaran produk akhir buah durian tempatan seperti pes durian yang mendapat permintaan tinggi di China serta Hong Kong.

Selain itu katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta FAMA akan membuka kilang memproses pisang saba di Tenom.

“Sekarang ini, kita eksport pisang saba yang mentah ke Semenanjung dan Sarawak tetapi pisang saba ada kelebihan yang tersendiri.

“Kalau kita proses dan bungkuskan dengan cantik kita boleh tingkatkan eksport serta lebih menguntungkan penanam-penanam pisang,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah FAMA Mohd Anis Mohd Yasin dan Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid.

Advertisement