Anda di sini

Anugerah Juara Lagu Melayu Melanau di BCF, malam ini

Advertisement
__alt__

SIBU: Pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu Melayu Melanau (AJLMM) 2017 akan berlangsung di Pentas Melayu Melanau Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), di Dataran Bandar Sibu pada malam ini (26 Julai 2017).

Bermula jam 8 malam, pertandingan akhir itu menyaksikan lapan lagu Melayu dan enam lagu Melanau akan berentap sesama sendiri.

Lagu Melayu yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah ‘Buah Sukma Ku’ yang dinyanyikan oleh Azlan Median, ‘Transformasi’ (Putera Al Haq), ‘Miak Kinek Tuk’ (Emma B) dan ‘Serambi Cinta’ (Putera Al Haq).

Turut bertanding adalah ‘Gerbang Syurga’ (Puteri Balqis), ‘Elergi Cinta Luka’ (Salwasaini Wawa), ‘Bejana Cinta Terlarang’ (Yati Alias) dan ‘Pelamin Kita’ (Emma B).

Sementara lagu Melanau yang melangkah ke pertandingan akhir ialah ‘Sai Kudok Gk Giyen’ (AKJ), ‘Jerau Jenasang’ (Fifi Feeqah Ikhwan) dan ‘Joget Bilem Manis’ (AKJ).

Turut bertanding ialah ‘Melano Telo’ (Sufi Ahmad), ‘Takdir’ (Feeqah Mdanis) dan ‘Beraie’ (Sufi Ahmad).

Lagu-lagu ini antara lain dicipta Datuk Mai, Amarneng, Noriah Haron, Basmawi, Fifi Maisarah, Subry Mikael dan Saudi Juli.

Pertandingan separuh akhir AJLMM telah berlangsung di Giant Hypermarket pada 15 Julai lepas, menyaksikan 19 buah lagu Melayu dan 10 lagu Melanau telah berentap.

Pengerusi penganjur AJLMM 2017, Anis Ili berkata, ini merupakan julung kali anugerah seperti itu dianjurkan di sini.

“AJLMM 2017 dianjurkan bagi memertabatkan industri lagu Melayu dan Melanau,” ujarnya yang aktif dalam seni hiburan di negeri ini.

Selain itu katanya, anugerah juga bagi mempromosikan lagu Melayu Melanau tempatan agar dikenali dikalangan peminat tempatan.

  • oleh
  • Advertisement