Anda di sini

Bangunan pejabat Telekom Malaysia terbakar

Advertisement

KUCHING: Sebuah bangunan pejabat Telekom Malaysia di Jalan Were, di sini mengalami kerosakan teruk di bahagian tingkat 4 selepas terbakar petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.42 petang dan tiba di lokasi pada jam 6.53 petang.

"Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan bangunan Telekom di tingkat 4 dan pihak bomba menggunakan kaedah offensive di dalam bangunan.

"Api berjaya dikawal pada jam 8.05 malam dengan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching, Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Petra Jaya," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan sehingga berita ini ditulis kerja-kerja pemadaman api masih giat dijalankan.

 Kelihatan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran
TERBAKAR: Kelihatan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran
Advertisement