Anda di sini

Standard Kitchen tawar diskaun sempena Hari Sarawak

Advertisement
 Kakitangan Standard Kitchen bergambar bersama sebahagian daripada ‘hood’ dan ‘hob’ dapur yang dijual pada harga istimewa.
HARGA ISTIMEWA: Kakitangan Standard Kitchen bergambar bersama sebahagian daripada ‘hood’ dan ‘hob’ dapur yang dijual pada harga istimewa.

KUCHING: Promosi tahunan Standard Kitchen Sdn Bhd kembali lagi bersempena dengan sambutan Hari Sarawak yang telah bermula semalam sehingga Ahad ini di premis cawangan baharu di Matang bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Pihaknya menawarkan diskaun sehingga 60 peratus dan percuma hadiah dengan setiap pembelian terpilih ditambah pula terdapat harga istimewa bagi beberapa seleksi barangan yang terdapat di premis berkenaan.

Pengunjung boleh membeli barangan dapur daripada kualiti hebat dan terbaik dari pelbagai jenama dunia seperti Rubine, Roban, Fortile, Livinox dan Pacifica.

Hari ini, banyak pemilik rumah yang mempunyai bajet yang agak terhad untuk pengubahsuaian kediaman impian mereka.

Justeru, Standard Kitchen memberi peluang kepada pembeli memilih mengikut bajet tanpa perlu membeli dalam bentuk set termasuk aksesori.

Syarikat ini juga mempunyai pelbagai rangkaian penapis air di dalam dan luar, sistem storan pintar, kabinet dinding TV dan set meja makan.

Advertisement