Anda di sini

SPR menerima 214,118 permohonan pendaftaran pemilih suku kedua 2017

Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak  214,118 permo-honan pendaftaran sebagai pemilih dalam urusan pendaftaran pemilihan suku ke-dua  (April, Mei dan Jun) ta-hun ini (2017).

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata  permohonan pendaftaran sebagai pemilih itu terdiri daripada 157,373 pendaftaran pemilih baharu dan 56,745 permohonan untuk pertukaran alamat bahagian pilihan raya daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.

Beliau berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 2/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 19 Julai  hingga 1 Ogos di 960 tempat pameran di seluruh negara selaras dengan kehendak Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada April, Mei dan Jun 2017 dinasihatkan menyemak Rang DPT Suku Tahun 2/2017,” katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Ghani berkata  SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih semasa tempoh pameran rang daftar pemilih tambahan itu.

Antara asas SPR menge-luarkan nama pemilih berke-naan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati tidak berhak untuk terus kekal di dalam daftar pemilih atas sebab-sebab tertentu antaranya ialah telah meninggal dunia, melepas atau lucut hak warganegara,” katanya.

Bagi permohonan pendaftaran baharu, katanya, jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai di dalam Rang DPT tersebut, mereka boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran  Rang DPT itu. — Bernama

Advertisement