Anda di sini

Sektor pelancongan, kelab rekreasi diminta menawarkan pakej menarik

Advertisement

MIRI: Sektor pelancongan dan kelab rekreasi di sini diminta menawarkan pakej menarik bagi menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke Miri.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata mereka perlu mempelbagai dan menambah produk serta perkhidmatan jika mahu lebih ramai pelanggan khususnya pelancong luar.

Pengusaha kelab dan sektor berkaitan pelancongan boleh menceburi produk atau perkhidmatan baharu dan menjadikan ia kreatif dan lebih menarik.

Sebagai contoh pakej menyaksikan kelip-kelip atau buaya pada waktu malam merupakan aktiviti menarik ramai pelancong jika dipromosikan,” katanya pada sidang media bersama kakitangan Piasau Boat Club (PBC) di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin semalam.

Hadir sama Pengurus Sumber Manusia PBC Batteny Sigat, Pengurus Fasiliti Usat Bilong dan ahli PBC Landale Cranfield.

Sementara itu, PBC kini membuka perkhidmatan kepada orang awam dan antara pakej ditawarkan ialah ‘Fireflies Evening Cruises’ iaitu belayar sepanjang Sungai Miri menyaksikan kelip-kelip dan hidupan liar.

Lee berharap kelab dan pengusaha pelancongan lain dapat menawarkan pakej seumpama ini kerana Miri terkenal dengan banyak tarikan seperti pantai, sungai dan taman negara.

Advertisement