Anda di sini

Sambutan kedua Hari Sarawak lebih meriah

Advertisement

Ia sarat dengan pelbagai aktiviti dan persembahan bertemakan sejarah negeri ini, kata Dr Sim

 Dr Sim (dua kiri) mengadakan sidang media mengenai persiapan Sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini. Turut kelihatan Penguang (kiri) dan Khir (tiga kiri).
DETIK BERSEJARAH: Dr Sim (dua kiri) mengadakan sidang media mengenai persiapan Sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini. Turut kelihatan Penguang (kiri) dan Khir (tiga kiri).

KUCHING: Sambutan kali kedua Hari Sarawak pada 22 Julai ini sarat dengan pelbagai aktiviti dan persem-bahan bertemakan sejarah negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata persembahan ‘Choral Speaking’ selama 15 minit daripada   kira-kira 50 pelajar akan membuka tirai sambutan kali ini.

Sambutan Hari Sarawak yang akan berlangsung di Tebingan Kuching itu kata-nya, akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Persembahan choral akan bermula sebaik ketibaan tetamu kehormat iaitu Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ia mengisahkan sejarah penyerahan pentadbiran ne-geri Sarawak oleh Kerajaan British pada 1963 kepada rakyat Sarawak yang berlatar belakangkan tayangan video mengenai sejarah dan Sarawak hari ini menerusi skrin LED gergasi,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dan Pengarah Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri Jabatan Ketua Menteri Datuk Khir Busrah.

Dr Sim selaku menteri bertanggungjawab kepada Sambutan Hari Sarawak 2017 berkata acara kemuncak lain diadakan ialah pameran sejarah Sarawak bermula sebelum era pemerintahan Brooke (1841-1941) hingga selepas 1963 yang diadakan selama tiga hari.

Pameran itu diadakan di Steamship Building di Tebingan Kuching bermula 22 hingga 24 Julai dan ia dikendalikan Jabatan Arkib Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Penerangan, Pustaka Negeri, RTM dan FINAS, katanya.

Selain itu katanya, konsert mini akan diadakan pada sebelah malam di Tebingan Kuching pada 22 Julai bermula jam 7.30 malam.

Kumpulan muzik ‘Just Nice Band’ akan mengiringi artis-artis tempatan antaranya Kaderi Awang Lihi, Kueh Gang Yeu, Dayangku Fadzillah dan Claudia membuat persembahan.

Semua rakyat dan rakan Sarawak harus meraikan Hari Sarawak tidak kira di mana berada dengan cara tersendiri jika tidak berpeluang hadir di Tebingan Kuching pada hari sambutan diadakan nanti.

Tanggal 22 Julai adalah detik paling bersejarah untuk Sarawak… Tok Nan (bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) telah menjadikannya cuti umum di Sarawak,” kata Dr Sim.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang dan menteri-menteri kabinet negeri dijangka hadir sama.

  • oleh
  • Advertisement