Anda di sini

S4S adakan perbincangan kupas pelbagai topik menarik sempena Hari Sarawak

Advertisement

KUCHING: Pergerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) akan mengadakan perbincangan terbuka di Hotel Paramount, Sibu sempena Hari Sarawak  pada 22 Julai (Sabtu) ini.

Menurut aktivis Lina Soo, perbincangan tersebut akan di-adakan pada jam 1.30 petang dengan mengupas pelbagai topik menarik bersama empat pence-ramah yang diundang khas.

Saya sendiri akan bercakap mengenai ‘Sarawak Secrets from the British Documents’ berdasarkan penyelidikan saya di Arkib Negara British,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Berkongsi podium yang sama, seorang ahli akademik dan ahli antropologi sosial Cambridge yang terlatih Dr Awang Hasmadi Awang Mois akan bercakap mengenai ‘Cultural and Religious Factors in Nation Building’ selain pengamal undang-undang Patrick Uren yang akan bercakap mengenai ‘MA63 and Income Disequilibrium between Malaya dan Sarawak’.

Tidak ketinggalan juga seorang aktivis Dzulfiqar Yeu atau lebih dikenali sebagai Bengkor yang merupakan salah seorang pengasas S4S akan bercakap mengenai ‘Decolonization and Self-Determination’ dan Jarau Ajan daripada Pertubuhan Anak Dayak Sarawak (PERANAK) juga hadir sama.

Lina menegaskan bahawa rakyat Sarawak harus dididik terutama sekali golongan muda, agar mereka sedar dan mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Biarlah rakyat Sarawak yang menentukan masa depan negeri Sarawak dan ia penting bagi golongan muda Sarawak untuk meneruskan perjuangan terhadap hak-hak kita,” jelasnya.

Justeru, sempena dengan sambutan Hari Sarawak beliau menyeru rakyat Sarawak me-ngibarkan bendera negeri dengan cara yang betul demi memperingati Hari Sarawak selepas bebas daripada kerajaan Inggeris.

Tidak ramai di kalangan rakyat Sarawak yang mengibarkan bendera negeri jadi kita berharap lebih ramai rakyat Sarawak selepas ini akan mengibarkan bendera Sarawak bagi menghormati Hari Sarawak kerana ia merupakan tarikh keramat dalam sejarah negeri kita.

Tambah menyedihkan, ramai juga yang belum mengetahui bagaimana untuk mengibarkan bendera ini dengan cara yang betul iaitu jalur hitam di atas dan merah di bahagian bawah dengan salah satu pinggir tajam bintang mesti menunjuk kepada garisan margin yang membelah garis hitam dan merah tersebut,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Lina bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri menghantar pasukan perundangan Sarawak untuk mencari fakta dan mengkaji dengan lebih terperinci dokumen berkaitan perjanjian British dengan Sarawak untuk pembentukan Malaysia.

Pada tahun 1962, Skim Pembesaran Malaysia telah dipercepatkan menjadi ‘Crash Program’ walaupun pengakuan Kerajaan British bahawa ketiga-tiga daerah Borneo (yang bermaksud Sarawak, Sabah dan Brunei) tidak pernah bersedia dan tidak termasuk ke dalam gabungan dengan Malaya yang sudah bebas sejak 1957,” katanya.

Menyedari bahawa sesetengah pihak telah mengkritik misi pasukan tersebut, Soo bagaimana-pun berasakan ia merupakan kritikan yang dibuat oleh mereka yang enggan mengetahui secara terperinci tentang kedudukan Sarawak sebagai ‘rakan kongsi yang sama’ dalam Persekutuan.

Setelah pasukan ini kembali mereka akan tahu semuanya dan yang paling penting, mereka perlu melakukan sesuatu mengenainya, tegasnya.

Sebarang soalan boleh diajukan terus kepada beliau dengan meng-hubungi talian 014-5950511.

Advertisement