Anda di sini

Rogol: Datuk, seorang lagi sepupu dicekup

Advertisement
 Kedua-dua suspek ditahan selepas permohonan reman diluluskan semalam.
REMAN: Kedua-dua suspek ditahan selepas permohonan reman diluluskan semalam.

LIMBANG: Seorang warga emas antara dua individu yang diberkas polis semalam berhubung kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan selepas satu laporan polis dibuat ahli keluarganya pada Sabtu lepas.

Suspek, 72, yang juga datuk kepada mangsa, 12, ditahan bersama seorang lagi sepupunya, 16, jam 12 tengah hari di lokasi berasingan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek, 72, ditahan reman selama lima hari bermula hari ini, manakala suspek ,16, ditahan reman enam hari juga bermula hari ini.

Beliau memberitahu, setakat ini lima suspek ditahan berhubung kes itu yang mengejutkan orang ramai kerana kesemua suspek mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa.

Kejadian rogol itu dipercayai berlaku sejak mangsa masih prasekolah hingga bersekolah rendah.

Ia terbongkar sebaik mangsa menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya pada petang Jumaat lepas.

Sabtu lepas, tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut membabitkan ayah kandung mangsa berusia 40 tahun bersama dua sepupu mangsa juga adik-beradik berusia 21 dan 17.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Advertisement