Anda di sini

Pembinaan masjid baharu Daro penantian 44 tahun

Advertisement

MUKAH: Kelulusan pembinaan masjid baharu Daro merupakan penantian setelah 44 tahun dijadikan sebuah daerah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata ia merupakan rasa syukur tidak terhingga kepadanya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Kita amat bersyukur dengan berita baik ini terutama bagi seluruh penduduk Daro,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin ketika ditanya mengenai kelulusan pembinaan masjid baharu Daro bernilai RM5 juta oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada Ahad lalu.

Menurut Safiee, cadangan tapak masjid telah dipohon dan dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah dan terletak di kawasan strategik.

Cadangan tapak pembinaan masjid baharu adalah berdekatan pasar baharu Daro,” jelasnya.

Menurut Safiee, kelulusan itu juga adalah tepat pada masanya kerana keadaan masjid sedia ada yang agak usang.

Seperti diketahui masjid sekarang sudah berusia lebih 50 tahun dan terletak di lokasi yang semakin terhad manakala jemaah pula semakin ramai,” katanya.

Advertisement