Anda di sini

Lebih 6,000 naskhah buku berjaya dikumpul

Advertisement
 Kevin (tiga kanan) menyampaikan buku kepada Lau pada majlis ringkas di Sibu semalam.
TERIMA KASIH: Kevin (tiga kanan) menyampaikan buku kepada Lau pada majlis ringkas di Sibu semalam.

SIBU: Lebih 6,000 naskhah buku berjaya dikumpul menerusi Kempen Derma Buku selama tiga bulan bermula 15 April lalu.

Eksekutif Kumpulan See Hua Jamie Kong berkata, kempen itu merupakan anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dengan kerjasama Kumpulan See Hua.

Lebih 6,000 naskhah buku dikumpul sepanjang tiga bulan kami mengadakan kempen ini iaitu bermula 15 April lalu.

Ini merupakan kali ketiga kami menyerahkan buku hasil sumbangan orang ramai kepada MDLBS,” katanya pada penyerahan buku sumbangan kepada MDLBS di sini semalam.

Hadir sama wakil Tea FM Sibu Kevin Lau, Timbalan Pengerusi MDLBS Robert Lau, Pengurus See Hua Cawangan Sibu Kueh Nguan Seng dan Pembantu Pustakawan Sibu Jaya Roswati Mid.

Buku-buku itu diserahkan kepada Perpustakaan Sibu Jaya.

Pada masa sama, Kevin sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pendengar Tea FM dan penyumbang kerana menjayakan kempen tersebut.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang mendengar kempen ini dan tampil menderma buku.

Kita berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada program yang sangat bermanfaat ini,” katanya.

Turut memberikan sumbangan ialah bekas penyampai dan wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Casper Kayong Umping dan Tuai Rumah Robert Romar Gayah yang menyumbang bahan bacaan bahasa Iban.

Advertisement