Anda di sini

Filipina lanjutkan undang-undang tentera

Advertisement

Duterte tuntut persetujuan Kongres bagi mematahkan pemberontakan di Mindanao

 Gambar fail 26 Jun lalu menunjukkan asap berkepul dari sebuah rumah yang terbakar selepas jet pejuang tentera kerajaan melancarkan pengeboman ke atas kedudukan militan di Marawi, pulau selatan Mindanao. — Gambar AFP
MASIH KACAU: Gambar fail 26 Jun lalu menunjukkan asap berkepul dari sebuah rumah yang terbakar selepas jet pejuang tentera kerajaan melancarkan pengeboman ke atas kedudukan militan di Marawi, pulau selatan Mindanao. — Gambar AFP

MANILA: Presiden Filippina Rodrigo Duterte telah meminta Kongres untuk melanjutkan undang-undang tentera di pulau selatan Mindanao sehingga akhir tahun untuk mematahkan pemberontakan yang didorong kumpulan militan Islamic State (IS), kata jurucakapnya semalam.

Mindanao, sebuah pulau dengan 22 juta penduduk dengan sejarah pemberontakan pemisah dan Marxis, diletakkan di bawah pemerintahan tentera pada 23 Mei lalu setelah pemberontak dari puak-puak Maute dan Abu Sayyaf mengambil alih beberapa bahagian di Marawi City.

Pemberontak telah memberi tentangan yang kuat, dan puluhan pejuang masih bersembunyi di pusat komersil Marawi, selepas operasi darat, serangan udara dan pengeboman artileri selama tujuh minggu, untuk melanjutkan krisis yang sudah mengorbankan lebih 500 orang dan menyebabkan sekurang-kurangnya 260,000 orang hidup dalam pelarian.

Objektif utama bagi lanjutan tempoh itu adalah untuk membolehkan tentera kita meneruskan operasi mereka tanpa disekat oleh tarikh akhir dan lebih fokus kepada pembebasan Marawi serta pemulihannya dan pembangunan semula,” kata jurucakap presiden Ernesto Abella, yang membaca sepucuk surat kepada Kongres yang ditandatangani Duterte.

Penawanan Marawi yang berani oleh kumpulan militan yang teratur dan bersenjata berat dan menjanjikan taat setia kepada IS merupakan krisis terbesar bagi pemerintahan Duterte selama setahun, dan meningkatkan kebimbangan bahawa ideologi pelampau mungkin mungkin lebih mendalam berbanding yang dibayangkan sebelum ini.

Duterte sudah lama memberi amaran bahawa Mindanao berdepan dengan pencemaran oleh IS, dan penganalisis keselamatan berkata bahagian Islam di selatan Filipina yang mempunyai masyarakat majoriti Islam adalah tapak subur pengambilan rekrut dan kemasukan radikal asing, kerana sejarah peminggiran dan pengabaian di sana.

Sementara tidak ramai yang ragu bahawa Duterte berdepan dengan masalah yang serius, pengkritik mengecam deklarasi undang-undang tentera di seluruh Mindanao, di mana beberapa bahagian hidup dengan aman dan mempunyai banyak syarikat asing.

Undang-undang tentera merupakan isu yang sensitif di Filipina, yang membawa balik ingatan kepada pemerintahan mendiang diktator Ferdinand Marcos pada zaman 1970an di mana beliau dituduh menggembar-gemburkan ancaman keselamatan untuk mewajarkan langkah yang membolehkan rejimnya untuk mematahkan pemberontakan dengan kejam.

Duterte sudah banyak kali memuji Marcos dan pengkritik berkata beliau suka sekali disamakan dengan diktator itu, yang menggambarkan imejnya yang lasak.

Ahli Kongres Edcel Lagman berkata orang ramai harus bimbang kerana Duterte, yang berikrar undang-undang tentera akan bersifat kejam, meminta lanjutan melangkaui tempoh 60 hari yang dinyatakan dalam perlembagaan. — Reuters

Advertisement