Anda di sini

Keputusan terbaik Sarawak tubuh Malaysia dengan Sabah, Tanah Melayu

Advertisement
 Tun Taib berucap pada majlis Syarahan Negarawan Negeri Sarawak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
BERUCAP: Tun Taib berucap pada majlis Syarahan Negarawan Negeri Sarawak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Sarawak membuat keputusan yang terbaik apabila memilih untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama  Sabah dan Tanah Melayu pada September 1963, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Keputusan itu membawa banyak faedah kepada Sarawak khasnya dari segi pembangunan dan pemodenan, kata beliau semasa ber-ucap pada Syarahan Ne-garawan Negeri Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.

Beliau berkata, Sara-wak tidak mungkin menik-mati kemajuan sepesat hari ini jika ia memilih untuk menjadi sebuah negara berasingan.

“Keputusan untuk sama-sama membentuk Malaysia telah menjadikan Sarawak sebuah negeri yang lebih kuat dan makmur. Pembangunan yang kini dinikmati di Sarawak juga adalah hasil perkembagan ekonomi yang berlaku di Semenanjung Malaysia

“Tidak dinafikan Sarawak dan Sabah telah mendapat banyak keuntungan dan faedah kerana menjadi anggota dalam Malaysia,” kata beliau. 

Tun Taib, yang pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun, berkata beliau yakin masa depan Sarawak bersama-sama Malaysia adalah terjamin.

Menurutnya, hubungan dua hala Sarawak dan kerajaan pusat juga amat baik selain sebarang perbezaan dasar dan pendapat ditangani dengan perundingan.

“Soal kerjasama kerajaan pusat dan negeri bukan lagi soal politik yang hangat seperti dulu. Ia adalah soal praktikal yang harus diatasi dengan perundingan.

“Sejauh saya boleh nampak dengan pengalaman saya sendiri, kerjasama pusat dan negeri cukup baik. Kita tidak ada masalah begitu besar sehingga dapat menimbulkan konfrontasi ataupun sehingga mewujudkan dasar yang men-diskriminasikan.

“Oleh itu, bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam menjalankan politik kita, integrasi Malaysia akan berjalan seterusnya tetapi mengikut keupayaan yang diterima oleh rakyat, dan bukan secara terlalu terbuka sehingga orang lain yang bukan orang Malaysia boleh mengambil peluang daripadanya untuk merosakkan hubungan,” kata beliau.

Mengenai kemajmukan etnik dan fabrik sosial di Sarawak, Tun Taib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan terus menekankan kepada politik pembangunan sebagai teras utama kepimpinan BN.

Beliau berkata untuk menghadapi masa hadapan dan memastikan pembangunan ekonomi negeri yang mapan, Sarawak membuka pelbagai peluang untuk anak muda Sarawak meningkatkan kemahiran diri supaya boleh menceburi ekonomi baharu yang diwujudkan hasil limpahan aktiviti ekonomi sedia ada serta dalam industri-industri yang lebih canggih.

Dalam menuju ke arah itu, beliau berkata usaha untuk menyusun semula sistem pembelajaran di Sarawak yang menjurus kepada pembelajaran teknikal juga perlu dilakukan supaya sesuai dengan permintaan industri untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi. 

“Ini satu perkara yang tidak menjadi kontroversi kalau kita aturkan satu generasi lebih awal dengan dasar-dasar yang cukup baik dalam bidang pelajaran,” kata beliau. — Bernama

Advertisement