Anda di sini

Van dan lori tanker berlanggar, 11 terselamat

Advertisement
 Pemandu dan kesemua penumpang yang menaiki van kru Borneo Rumble Kidz dari Kota Kinabalu terselamat dalam kemalangan terbabit.
SELAMAT: Pemandu dan kesemua penumpang yang menaiki van kru Borneo Rumble Kidz dari Kota Kinabalu terselamat dalam kemalangan terbabit.

TAWAU: Sebelas terselamat dalam kemalangan jalan raya melibatkan perlanggaran antara sebuah lori tanker dan van di KM27 Jalan Apas, di sini, kira-kira jam 9.50 pagi Ahad.

Kejadian dipercayai melibatkan kru dan kumpulan penari ‘modern dance’ yang juga finalis program Punya Sadap Sabah Talent 2017 musim pertama, Borneo Rumble Kidz.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, kejadian itu dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu lori tanker, 60, yang mengubah haluan dari lorong kiri jalan.

Lori itu memasuki lorong kanan jalan (secara tiba-tiba) tanpa memberikan laluan kepada kenderaan lain yang datang dari arah jalan lurus,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata lori tanker berkenaan dipandu seorang lelaki warga emas yang beralamat di Taman Berjaya Batu 3.5 Jalan Apas Tawau, serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hanya pemandu dan dua penumpang van yang cedera ringan, manakala tujuh lagi penumpang van terbabit selain pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu van, wanita, 21, serta dua penumpang van (wanita, 20, dan lelaki, 25), yang terlibat mengalami kecederaan, masing-masing di bahagian lutut, siku dan lengan.

Ketiga-tiga mereka beralamat di Kota Kinabalu dan sedang dalam perjalanan dari arah bandar Tawau menuju ke ibu negeri sebelum kejadian berlaku,” katanya.

Fadil berkata, pemandu van cuba mengelak ke kiri jalan namun terlanggar bahagian kiri belakang lori dan menyebabkan van itu terbalik lalu terseret ke tepi jalan di lorong kiri.

Insiden berkenaan menyebabkan van terbabit rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kanan manakala lori pula mengalami kerosakan di bahagian belakang sebelah kiri.

Siasatan kes ini masih kita teruskan serta dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Advertisement