Anda di sini

San Fermin masuk hari keempat, dua cedera ringan

Advertisement
 Seorang pelari terjatuh di hadapan sekawan lembu jantan yang naik minyak pada hari keempat Festival San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol semalam. — Gambar Reuters
MALANG: Seorang pelari terjatuh di hadapan sekawan lembu jantan yang naik minyak pada hari keempat Festival San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol semalam. — Gambar Reuters

PAMPLONA: Dua cedera ringan namun tiada yang telah dirodok semalam pada hari keempat bagi perayaan San Fermin  di mana  12 ekor lembu jantan mengejar ratusan orang yang memakai pakaian serba putih dan berskaf merah melalui jalan raya Pamplona di utara Sepanyol.

Ribuan orang pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk berlari bersama dengan penduduk tempatan, membuatkan San Fermin sebagai perayaan yang paling terkenal melibatkan lembu jantan yang diadakan di sekitar Sepanyol sepanjang musim panas.

Perayaan itu mempunyai asal usul keagamaan, bermula semenjak Zaman Pertengahan.

Para peserta masih berarak membawa gambar San Fermin dan meminta restunya sebelum larian yang bermula jam 8 pagi waktu tempatan dan berlangsung selama tiga hingga lima minit.

Sebaik sahaja lembu jantan selamat memasuki kandang sementara di pekan tersebut, larian itu tamat. — Reuters

Advertisement