Anda di sini

Banjir besar landa selatan Jepun, dua maut, 18 hilang

Advertisement
 Gambar serahan Jiji Press menunjukkan tentera Jepun mengangkat seorang lelaki tua ketika mereka membantu penduduk setempat berpindah dari kawasan dilanda                                  banjir besar di Asakura, daerah Fukuoka di selatan Jepun semalam. — Gambar AFP
OPERASI PINDAH: Gambar serahan Jiji Press menunjukkan tentera Jepun mengangkat seorang lelaki tua ketika mereka membantu penduduk setempat berpindah dari kawasan dilanda banjir besar di Asakura, daerah Fukuoka di selatan Jepun semalam. — Gambar AFP

ASAKURA: Sekurang-kurangnya dua individu terkorban dan 18 lagi hilang dalam banjir besar-besaran yang berlaku di selatan Jepun, dan pihak berkuasa memberi amaran kepada ratusan ribu penduduk untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Hujan lebat luar biasa menyebabkan sungai melimpahi tebingan, merosakkan jalan dan rumah, selain memusnahkan sekolah.

Ribuan askar dan penyelamat lain bergegas semalam untuk sampai kepada mereka yang terputus hubungan di-sebabkan oleh air banjir yang deras atau diancam tanah runtuh, manakala peramal keadaan cuaca memberi amaran tentang cuaca yang lebih buruk.

Kita berada dalam situasi yang amat serius,” kata Timbalan Perdana Menteri Taro Aso, yang memberi amaran tentang bahaya daripada lereng bukit yang runtuh dan menambah “ramai orang masih hilang”.

Hujan setebal 50 sentimeter lebih membasahi beberapa bahagian di Kyushu, pulau paling selatan di antara empat pulau utama Jepun, dalam tempoh 12 jam kelmarin, kata agensi meteorologi.

Hujan lebat kemungkinan besar akan terus turun se-hingga hari ini (Jumaat), kata agensi itu tatkala wilayah berkenaan bergelut dengan kemusnahan yang disebabkan oleh taufan yang melanda negara itu pada minggu ini.

Pihak berkuasa menarik balik amaran hujan lebat “khas” bagi daerah-daerah yang paling teruk terjejas di Fukuoka dan Oita, tetapi amaran lebih kecil masih dikekalkan.

Jepun mengerahkan 7,500 anggota polis, kakitangan penyelamat dan anggota tentera ke kawasan yang terjejas di Kyushu, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga.

Banyak maklumat di-terima mengenai orang yang tidak dapat dikesan,” katanya pada satu sidang akhbar, tetapi enggan mengesahkan jumlah orang yang hilang.

Mereka termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan dihanyutkan oleh sebatang sungai dalam banjir kilat dan sepasang suami isteri tidak kelihatan lagi sejak rumah mereka dihanyutkan.

Seorang lelaki dijumpai mati di bandar Asakura dalam daerah Fukuoka, badan penyiaran awam NHK dan Jiji Press melaporkan, yang memetik sumber polis.

Pegawai tempatan berkata pada keseluruhannya, mereka  tahu mengenai 18 yang hilang dalam daerah-daerah Fukuoka dan Oita.

Seorang pegawai di Hita, dalam daerah Oita, berkata satu kejadian tanah runtuh mencederakan tiga orang, seorang dengan parah.

Rakaman televisyen me-nunjukkan ombak dari sungai yang melimpah membadai kawasan perumahan, merosakkan jalan dan menenggelami tanah pertanian.

Asakura adalah antara ban-dar paling teruk terjejas dengan rakaman yang me-nunjukkan air banjir mengalir deras menerusi lebuh raya.

Anak perempuan dan anak lelaki saya masih di rumah, dan tidak dapat keluar,” kata seorang wanita pertengahan umur yang keletihan di sebuah pusat perlindungan di Asakura kepada NHK.

Sebatang jambatan kereta api dimusnahkan oleh Sungai Kagetsu yang mengalir deras, dan mengganggu perkhidmatan kereta api, kata seorang jurucakap syarikat kereta api.

Beberapa landasan kereta api lain juga terpaksa menangguhkan atau menghentikan operasi disebabkan oleh hujan lebat, manakala pegawai tempatan membatalkan kelas di sekolah-sekolah rendah dan menengah. — AFP

Advertisement