Anda di sini

Warga emas hilang dalam hutan ditemui

Advertisement

Mangsa selamat, dijumpai lemah di belakang kuarters pekerja bina Jambatan Sibuti

 Habibah selamat ditemui sedang diperiksa dan diberi rawatan di Klinik Kesihatan Bekenu sebelum dibawa pulang ke Miri oleh ahli keluarga terdekatnya.
SELAMAT: Habibah selamat ditemui sedang diperiksa dan diberi rawatan di Klinik Kesihatan Bekenu sebelum dibawa pulang ke Miri oleh ahli keluarga terdekatnya.

MIRI: Warga emas hilang di hutan semasa mencari paku-pakis, Habibah Taha, 74, dari Kampung Rambai Bekenu, berjaya ditemui dalam keadaan selamat di kawasan belakang kaurters pekerja berhampiran jambatan menyeberangi Sungai Sibuti, petang kelmarin.

Mangsa ditemui keletihan dan lemah oleh sekumpulan pekerja membina Jambatan Sibuti sekitar jam 5 petang, ketika pulang bekerja kemudian memapahnya pulang ke bilik operasi Kampung Rambai.

Pada masa sama, ahli keluarga dan penduduk kampung masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa bersama-sama anggota penguat kuasa.

Ketua Kaum Kampung Rambai, Amir Imran memberitahu beliau dan penduduk kampung bersyukur mangsa bersama ditemui selamat kemudian menghantar ke Klinik Kesihatan di pekan Bekenu mendapatkan rawatan lanjut.

Kita amat berterima kasih kepada penduduk kampung, pekerja buruh binaan terlibat, polis, Pemanca Ali Mudinand dan pasukannya, serta kedua-dua wakil rakyat kita di sini, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai dan Rosey Yunus (ADUN Bekenu) yang bersama-sama menyumbang tenaga, wang dan moral, hingga kita berjaya menemui Habibah dalam keadaan selamat,” jelas beliau.

Menurut Amir, lagi, Habibah dibawa balik semula ke kampung oleh ahli keluarganya, selepas menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan.

Saya difaham beliau dibawa pulang ke Miri oleh ahli keluarganya, memandangkan di kampung ini tinggal bersendirian dan tidak mahu perkara sama berulang,” jelas Amir.

Menurut Amir lagi, Habibah ketika ditanya mengenai kehilangannya, memberitahu dia ‘mengekori seseorang’ mengajaknya berjalan-jalan di sekitar kawasan berkenaan (tempat beliau menjadi paku-pakis).

Namun beliau kemudian ditemui pekerja binaan di belakang kuarters mereka, dalam keadaan yang lemah dan keletihan, sebelum dibawa pulang ke kampung,” jelasnya.

Ahli keluarganya turut bersyukur dan gembira beliau ditemui dalam keadaan selamat, turut berterima kasih kepada mereka yang telah terbabit dalam pencarian tersebut hingga beliau ditemui semula dalam keadaan selamat.

Habibah dilaporkan hilang sejak pagi 3 Julai lalu, kerana hendak mencari paku-pakis (lemidin), namun tidak pulang menyebabkan ahli keluarga dan penduduk kampung melancarkan usaha mencarinya namun gagal.

Selepas 24 jam, kehilangannya dilapor di Balai Polis Bekenu oleh ahli keluarganya pada jam 11 pagi dan pihak polis kemudiannya bersama penduduk kampung meneruskan usaha mencari dan menyelamatkannya sebelum ia ditemui petang Selasa lalu.

  • oleh
  • Advertisement