Anda di sini

Dua pengarah syarikat didakwa gagal simpan resit pendapatan

Advertisement

SHAH ALAM: Dua pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan gagal menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan perniagaan seperti yang dikehendaki Akta Cukai Pendapatan 1967.  

Pengarah syarikat Mayo Surgical Supply, Nor Asyikeen Othman, 37, didenda RM5,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Beliau selaku Orang Kena Saman (OKS) gagal menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian larasan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2012 kepada Ketua Hasil Dalam Negeri Malaysia. 

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 82(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau boleh dihukum penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya. — Bernama

Advertisement