Anda di sini

Polis tahan tiga lelaki lolos sekatan jalan raya

Advertisement

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya Ops Selamat 11/2017 di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi semalam.

Komander Operasi Sub-Tek Zon Utara Ops Selamat, Supt Shahrum Hashim berkata tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun itu cuba bertindak memecut kereta dinaiki mereka ketika dihampiri oleh anggota dan pegawai trafik yang bertugas dalam Ops Selamat berkenaan.

“Hasil tindakan pantas polis telah berjaya menahan kereta dinaiki tiga lelaki itu pada jam 1 pagi ketika mereka cuba melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemui tiga plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dan rokok daun yang dicampur dengan ganja,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut terhadap kereta mereka mendapati terdapat tiga waran tangkap atas kesalahan tiada lesen memandu dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. — Bernama

Advertisement