Anda di sini

La Juiceria akan berada di pasaran Singapura dan Australia

Advertisement

PUTRAJAYA: La Juiceria Superfoods Sdn Bhd,  jenama pertama yang memu-lakan trend perahan jus sejuk di Malaysia, merancang mengembangkan sayapnya ke Singapura dan Melbourne, Australia tidak lama lagi, kata pengasas dan Penga-rah Urusannya, Annabelle Co-Martinent.

Jus sejuk halal No 1  di Malaysia itu menerima ta-waran francais dari Singapura dan Australia, namun masih mencari rakan kongsi, pe-luang serta lokasi yang te-pat.

Pelan terdekat ialah Singapura kerana ia ham-pir serupa dengan Kua-la Lumpur, dengan pel bagai golongan masyarakat. Ia juga merupakan lokasi be-berapa restoran terkemuka di dunia.

“Oleh itu, saya melihat Singapura sebagai pasaran yang kukuh kerana industri makanan dan minuman cukup maju dengan trend masakan yang berbeza, selain kua-sa memberi dalam kalan-gan  penduduk tempatan dan warga asing yang bekerja di Singapura,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini semalam.

Rancangan untuk me-langkah ke negara jiran itu sudah pun dijalankan, seper-ti perbincangan, katanya, na-mun enggan mengulas lan-jut.

Dalam negara, Annabelle berkata La Juiceria, yang ditubuhkan dua setengah tahun lepas, kini hanya terda-pat di Lembah Klang dengan 12 bar detoks dan tiga kafe di lokasi utama.

“Kami merancang mem-buka beberapa lagi kedai konsep La Juiceria Super-foods Cafe di Bangsar dan tempat lain tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata beberapa lagi La Juiceria Superfoods Cafe akan dibuka di Bang-sar dan tempat lain tidak lama lagi.

“Kami juga mempunyai peruncit stokis dan peralatan penyejuk kami di beberapa tempat seperti Ben’s Grocer, Village Grocer dan Watsons, dan baru-baru ini kami menyediakan penye-juk di Huey & Wah Cafe di Pulau Pinang, bagi memen-uhi keperluan di kawasan utara.

“Tahun ini, kami mem-punyai rancangan pengem-bangan, namun strategi kami berubah, selari perkemban-gan semasa serta permintaan daripada orang yang ma-hukan pilihan yang sihat,” katanya.

Selain itu, Annabelle berkata La Juiceria mahu memperke-nalkan makanan sihat kepada lebih ramai orang, dan untuk itu pihaknya akan mem-bawa masuk masakan Vi-etnam dari Melbourne – Super Saigon ke Kuala Lumpur, satu lagi restoran makanan sihat berfokuskan Pho Vietnam, tanpa alkohol dan tiada daging babi.

Mengenai peluang per-tumbuhan, beliau berkata La Juiceria mahu menjadi Starbucks minuman jus per-ahan sejuk, dengan menjadi jenama utama jus-jus perahan sejuk dan menawarkan pengalaman makanan dan minuman sihat kepada pelanggan.

“Kami telah melepasi jus sejuk dan kami berhasrat untuk terus menyajikan pelang-gan dengan pilihan makanan sihat. Dalam meneruskan perniagaan, kami mahu melahirkan jenama baharu dan untuk itu telah mewujud-kan sebuah lagi syarikat yang dikenali ‘The Honest Treats’ bagi menghidang-kan kek berasaskan sayur si-hat (bebas telur, tanpa susu, tanpa gula), granola yang lazat dan coklat berasaskan sayur.

“ Tindakan seterusnya ialah mewujudkan jenama Super Saigon, yang kini masih dalam proses, untuk mem-perkenalkan sup pho mi/bi-hun yang sihat kepada rakyat Malaysia.

“Jika urusan berjalan lan-car, kami berharap dapat membawa jenama itu ke luar Malaysia suatu hari kelak,” katanya. — Bernama

Advertisement